Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Debat Belanjawan: GST perlu dinaikkan bagi biaya kos berulang meningkat, kata DPM Heng

Feb 26, 2021 | 10:22 PM



CUKAI barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dinaikkan bagi membiaya perbelanjaan berulang yang kian meningkat dalam bidang utama seperti jagaan kesihatan serta dalam menyediakan lebih banyak jaringan keselamatan sosial, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, pada Jumaat (26 Februari).



Pakej Jaminan $6 bilion yang diketepikan dalam Belanjawan tahun lalu akan memastikan isi rumah berpendapatan rendah akan membayar kurang daripada mereka yang berkemampuan apabila GST meningkat, ujar Encik Heng, yang memberi perincian mengenai sebab mengapa cukai yang bakal dinaikkan tidak boleh ditunda atau ditiadakan, dalam ucapan rumusan Belanjawan.



Encik Heng menegaskan, menaikkan GST adalah perkara bertanggungjawab yang perlu dilakukan agar tidak membebani generasi akan datang, melihat pada tambahan struktural yang wujud dalam perbelanjaan berulang Singapura.



Sebagai contoh, perbelanjaan jagaan kesihatan tahunan telah meningkat tiga kali ganda daripada $3.9 bilion pada tahun fiskal 2011 kepada $11.3 bilion pada 2019.



"Jika kita ingin belanja lebih, kita harus menaikkan hasil...jangan buat janji tidak bertanggungjawab yang akan membebani generasi akan datang," katanya kepada Anggota Parlimen (AP).



Beliau menambah:



"Kalau ada keperluan berulang, yang perlu dibiaya tahun demi tahun, kita harus mencari hasil berulang, yang dapat kita kumpulkan tahun demi tahun."



Singapura bukanlah satu-satunya negara yang merancang masa depan. Encik Heng malah mengambil contoh Arab Saudi sebagai negara yang diberkati dengan rizab minyak yang banyak pun baru-baru ini menambah cukai nilai tambah 5 peratus yang diperkenalkan pada 2018 kepada 15 peratus sejak Julai lalu.



GST dijangka dinaikkan dari 7 peratus hingga 9 peratus antara tahun depan dengan 2025.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >