Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Debat Belanjawan: Ibu bapa dengan bayi kedua sejak Jan boleh dapat hingga $9,000 dalam akaun CDA

Feb 26, 2021 | 09:30 PM



IBU bapa yang mempunyai bayi kedua sejak Januari akan mendapatkan lebih banyak sokongan kewangan daripada pemerintah menerusi Akaun Pembangunan Anak (CDA).



Mereka akan meraih $6,000 dalam biaya bersama, tambahan daripada $3,000 yang diberikan kini buat anak pertama atau kedua, umum Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, di Parlimen pada Jumaat (26 Februari).



Jumlah ini adalah tambahan pada jumlah awal $3,000 yang diterima setiap anak dalam CDA-nya.



Sekitar 12,000 kanak-kanak akan menerima manfaat daripada inisiatif ini setiap tahun hasil daripada pendanaan yang lebih tinggi ini. Ganjaran ini diberi kepada bayi warga Singapura yang merupakan anak kedua dan tarikh lahirnya atau tarikh dia dijadualkan lahir adalah pada atau selepas 1 Januari.



Di bawah skim Bonus Bayi, pemerintah akan memadankan sedolar bagi sedolar yang disalur ibu bapa dalam simpanan akaun ini sehingga satu tempoh had.



Dengan tambahan ini, sumbangan pemerintah secara menyeluruh kepada CDA anak kedua akan meningkat hingga $9,000. Ia bertambah daripada jumlah siling $6,000 bagi anak pertama atau kedua, $12,000 bagi anak ketiga atau keempat, dan $18,000 bagi anak selanjutnya.



CDA adalah akaun simpanan khas di mana ia boleh digunakan di institusi tertentu bagi bayaran jagaan anak, kos perubatan dan banyak lagi.



Padanan tambahan oleh pemerintah adalah sebahagian usaha menyediakan sokongan kewangan lebih banyak lagi buat pasangan Singapura yang mempunyai lebih daripada seorang anak, kata Cik Indranee, yang juga menyelaras Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD).



Secara keseluruhannya, ibu bapa boleh menerima hingga $24,000 kerana memiliki anak kedua. Ini termasuk komponen lain seperti Hadiah Tunai Bonus Bayi, Geran Sokongan Bayi dan Geran MediSave buat bayi yang baru lahir.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >