Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Debat Belanjawan: Klinik perlu beri sijil ujian Covid-19 digital sebelum keberangkatan dari S'pura mulai 10 Mac

Feb 26, 2021 | 08:38 PM



KLINIK yang diberi kuasa mengendalikan ujian Covid-19 prakeberangkatan (PDT) bagi pengembara yang keluar dari Singapura perlu mengeluarkan sijil keputusan ujian digital mulai 10 Mac ini sebagai gantian sijil fizikal yang digunakan kini.



Inisiatif ini sepatutnya dilaksanakan pada 10 Februari, tetapi ia tertunda selama sebulan bagi memberi masa tambahan buat klinik dan makmal membangun keupayaan pendigitalan sijil PDT.



Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) pada Jumaat (26 Februari) berkata sistem pensijilan digital baru ini adalah berdasarkan HealthCerts, sebuah rangka kerja sumber terbuka, yang mengeluarkan sijil keputusan ujian Covid-19 secara digital.



"Penggunaan HealthCerts bagi sijil PDT digital ini membolehkan huraian yang mampu beroperasi, boleh disahkan dan bebas daripada diubah suai yang akan melancarkan proses daftar masuk dan pengesahan kastam di pusat pemeriksaan imigresen luar negara dan tempatan," kata SNDGO lagi.



Pengembara perlu mendapatkan pengesahan Kementerian Kesihatan (MOH) pada sijil ujian Covid-19 digital ini bagi membolehkan ia dikenal pasti di lapangan terbang dan ketika di luar negara.



Sijil itu perlu dimuatnaikkan ke laman 'Notarise' Pemerintah ( https://www.notarise.gov.sg/), di mana sijil PDT digital yang sudah disahkan dan mengandungi kod QR kemudian dikirimkan kepada pengembara.



Pegawai penerbangan dan imigresen boleh mengimbas kod QR ini bagi memeriksa ketulenannya dengan menggunakan alat Verify, yang dibangunkan agensi teknologi GovTech atau firma berkait dengan Temasek, Affinidi, yang kini digunakan Singapore Airlines dalam tempoh perintis.



Platform ini kemudian boleh digunakan untuk memeriksa sama ada sijil digital itu sudah diubah atau jika ia sudah disahkan MOH.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >