Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Debat Belanjawan: Tokokan seni $20 juta termasuk geran baru transformasi niaga buat karyawan bebas

Mar 08, 2021 | 04:48 PM



PEKERJA seni bebas dan perniagaan dalam sektor seni akan mendapatkan lebih banyak sokongan, sedang pemerintah memperuntukkan lagi $20 juta bagi membantu sektor ini mengharungi kesulitan pandemik Covid-19.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, pada Isnin (8 Mac), mengumumkan tokokan pada Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya (ACRP), yang akan meliputi kos geran baru buat pekerja yang bekerja sendiri dan transformasi perniagaan serta peluasan sokongan lain.



Ini menjadikan keseluruhan pakej ini bernilai $75 juta, kata Encik Tong di Parlimen ketika membahaskan rancangan perbelanjaan kementeriannya.



Satu skim baru ialah Dana Transformasi Perniagaan (BTG) yang bertujuan membantu pertubuhan seni dan budaya menjadi lebih berkesan dan berkesinambungan.



"Ini akan menyokong transformasi pertubuhan seni dan budaya di samping menyokong pemulihan dan kesinambungan mereka dalam keadaan pasca pandemik," jelas Encik Tong.



Kumpulan seni dan budaya boleh memohon BTG yang akan membiayai kos inisiatif seperti bereksperimen dengan program baru atau menggajikan konsultan bagi membangun cara meraih pendapatan daripada kandungan digital ini.



Geran ini akan menyediakan hingga $30,000 bagi setiap projek yang boleh diusahakan sebuah syarikat dalam usaha mengubah struktur niaganya ke arah yang lebih baik lagi.



Sehingga $200,000 bagi setiap projek tersedia buat inisiatif melibatkan kerjasama antara kumpulan seni atau yang berpotensi menghasilkan projek industri lanjutan.



Selain menawarkan geran, dana ini juga menyokong Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) serta Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dalam usaha mereka menugaskan projek komisyen dan bekerjasama dengan rakan industri.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >