Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGAMBILAN MASUK KE SEKOLAH SECARA LANGSUNG (DSA)

Dedah anak pada pengalaman bola sepak demi sekolah idaman

DSA
Sep 05, 2022 | 05:30 AM



APABILA beliau mengesan minat dan bakat anak lelakinya dalam bola sepak, Cik Hanifah Syed Ahmad tidak menunggu lama dan dengan serta-merta mendaftarkan anaknya, Amirul Hakim Bakhtiar, di kelab bola sepak swasta tempatan semasa anaknya dalam darjah lima.



Ini dilakukan dengan harapan agar anaknya terdedah kepada pengalaman lebih meluas dalam sukan itu selain meningkatkan harapan agar anaknya dapat memasuki sekolah idamannya, Sekolah Victoria, melalui Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA).



Melalui penglibatan dalam kelab tersebut, ia meluaskan lagi peluang anaknya mengambil bahagian dalam perlawanan bukan sahaja pada peringkat zon atau nasional tetapi juga serantau, sekali gus memperkukuh portfolionya.



"Suami saya merupakan bekas penuntut sekolah itu dan anak kami juga berminat memasuki sekolah yang sama.



"Justeru, kami sependapat bagi meningkatkan peluang anak saya, kami perlu meluaskan lagi pengalamannya dalam bidang itu," ujarnya.



Laluan DSA mengiktiraf bakat dan pencapaian pelajar yang pelbagai dan menunjukkan bakat dan potensi mereka dengan lebih baik, contohnya dalam ujian sukan atau muzik mereka.



Ia membolehkan pelajar mendapat kemasukan ke sekolah menengah dan maktab rendah melalui kebolehan dalam bidang yang tiada peperiksaan.



Meski Amirul, yang kini berusia 14 tahun, merupakan anggota kelab bola sepak di sekolah rendahnya, sebagai tambahan, Cik Hanifah telah menempatkan anaknya itu ke Kelab Bola Sepak Serangoon Cubs.



Dalam masa dua tahun, kelab tersebut telah mengambil bahagian dalam perlawanan di dalam dan luar negara termasuk Malaysia dan Indonesia, menentang pasukan lain antaranya dari Thailand dan Brazil.



Namun, perjalanannya bukan sesuatu yang mudah. Amirul perlu bijak membahagikan masa untuk belajar, latihan dan perlawanan.



Ada kalanya perlawanan berlangsung di tengah-tengah musim peperiksaan.



"Kami sebagai ibu bapa juga agak keletihan kerana kadangkala sehari suntuk dia akan berada di padang bola dan kami akan menemaninya," kata juruterapi radiasi berusia 32 tahun ini.



Anaknya telah menunjukkan minat untuk mengikuti DSA di tiga sekolah menengah tetapi mereka hanya mendapat undangan daripada Sekolah Victoria sahaja.



Memandangkan tempoh DSA itu dijalankan dua tahun lalu semasa negara masih dilanda wabak Covid-19, sesi percubaan atau 'trial' dijalankan dalam talian.



Cik Hanifah telah mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah untuk memastikan anaknya dapat berlatih dengan melakukan apa yang diperlunya untuk sesi percubaan itu.



Selain melihat kemahiran pelajar dalam bidang yang mereka minati, pelajar juga perlu menjalani sesi temu duga sebelum diterima masuk ke sekolah itu melalui DSA.



"Kami turut membuat persiapan untuk Amirul dengan memberinya beberapa soalan yang mungkin ditanya semasa sesi temu duga itu selain membimbingnya cara menjawab dengan baik dan bernas," ujar Cik Hanifah lagi.



Beliau, bagaimanapun, bersyukur anaknya diterima masuk ke sekolah itu sebelum Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Tempatnya di sekolah tersebut masih dikekalkan meski agregat PSLE yang diraihnya lebih rendah sedikit daripada agregat yang ditetapkan untuk memasuki sekolah itu.



Kini Amiral di menengah dua, Cik Hanifah berkata anaknya itu terus diberikan sokongan dalam bidang akademik di sekolah, mentelah lagi dia mengalami disleksia.



Menyambut baik laluan DSA ini, Cik Hanifah berharap lebih ramai ibu bapa Melayu mengetahui tentangnya dan membuat persiapan awal untuk mengetahui minat anak mereka.



"Saya juga berharap lebih banyak tempat dibuka untuk pelajar yang ingin memohon ke sekolah menengah melalui laluan DSA.



"DSA mampu memberi peluang pelajar mengikuti pengajian di sesebuah sekolah dan pada masa yang sama mengasah terus bakat mereka dalam bidang yang mereka terajui," katanya.




"Suami saya merupakan bekas penuntut sekolah itu dan anak kami juga berminat memasuki sekolah yang sama. Justeru, kami sependapat bagi meningkatkan peluang anak saya, kami perlu meluaskan lagi pengalamannya dalam bidang itu."
- Cik Hanifah Syed Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >