Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dedikasi 6 individu ‘pejuang virus’ diiktiraf anugerah Warga Asia Terbaik ST

Dec 05, 2020 | 06:40 PM



ENAM individu yang telah menghabiskan tahun 2020 ini tanpa mengenal lelah demi mencari huraian terhadap krisis terbesar era ini telah dinamakan sebagai Warga Asia Terbaik The Straits Times.

Antara mereka, penerima anugerah 2020 itu mencerminkan sekilas respons terhadap pandemik Covid-19.

Mereka ialah penyelidik China, Prof Zhang Yongzhen, yang memimpin pasukan yang melakarkan dan menerbitkan genom pertama lengkap Sars-CoV-2, virus yang mencetuskan pandemik; tiga saintis – Mejar-Jeneral China Chen Wei, Dr Ryuichi Morishita dari Jepun dan Profesor Ooi Eng Eong dari Singapura – yang merupakan antara mereka di hadapan dalam menghasilkan vaksin menentang virus.

Selain itu, dua lagi ialah usahawan – Encik Seo Jung-jin dari Korea Selatan dan Encik Adar Poonawalla dari India – di mana syarikat mereka membolehkan penghasilan dan pengagihan vaksin serta rawatan Covid-19 kepada dunia.

Dikenali secara kolektif sebagai ‘Virus Buster’ atau pejuang virus, mereka merupakan wira yang berhati mulia, selain memberi tumpuan terhadap menghuraikan pandemik koronavirus – masing-masing menerusi kepakaran yang dimiliki. 

“Sars-CoV-2, virus yang telah menyebabkan kematian dan kesukaran ke atas benua terbesar dunia dan penduduk paling ramai telah bertemu dengan The Virus Busters.

“Kami menyanjung keberanian, keprihatinan, komitmen dan kreativiti anda. Dalam masa penting ini, anda merupakan simbol harapan bagi Asia, dan juga kepada dunia.”

Dalam memutuskan untuk mengiktiraf The Virus Busters, panel editor ST telah mengambil kira mereka yang telah membolehkan proses kompleks mengelakkan seberapa ramai individu di merata dunia daripada dijangkiti virus itu pada masa paling pendek.

Kata Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM) Singapore Press Holdings (SPH), Encik Warren Fernandez: 

“Setiap tahun, editor ST mencari seseorang individu, kumpulan atau pertubuhan yang bukan sahaja telah membuat atau menjadi bahan berita tetapi juga membantu menyumbang secara positif di Asia dalam proses tersebut.

“Tahun ini, kita meninjau mereka yang terlibat dalam perjuangan menentang Covid-19, yang telah menjadi tarikan tajuk berita.

“Kami telah berbahas tetapi akhirnya kami bersetuju terhadap sekumpulan yang telah melakukan terbanyak dalam mencari huraian terhadap krisis ekoran virus.

“Mereka merupakan kumpulan yang berbeza di mana usaha kolektif telah menggesa pencarian vaksin, membenarkan ini untuk diketahui dan disampaikan dengan pantas yang tidak pernah dibuat atau dilihat sebelum ini.

“Komitmen dan tindakan mereka telah membantu menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada dunia di merata Asia dan kepada dunia.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >