Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dedikasi jururawat jadi kaunselor, mentor diiktiraf

Sep 07, 2019 | 05:30 AM



TANGGUNGJAWAB Encik Mohammed Adnan Mahmud, ialah selaku jururawat.



Namun, beliau juga bertindak bak selaku kaunselor kepada pesakit dan mentor kepada doktor serta jururawat pelajar dan baru sejak lebih 10 tahun lalu.



Ternyata segala titik peluh yang diberinya mendapat pengiktirafan sepanjang 28 tahun beliau bertugas di Pusat Kulit Nasional (NSC).



Semalam, beliau merupakan antara 190 pendidik jagaan kesihatan di bawah Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHG) yang mendapat satu lagi pengiktirafan sempena majlis penyampaian Anugerah Hari Guru.



Beliau yang kini bertugas di Klinik DSC di Kelantan Lane itu merupakan penerima Anugerah Guru Jururawat Cemerlang - salah satu daripada 12 kategori anugerah yang disampaikan semalam.



Anugerah yang diterimanya itu terdiri daripada wang tunai dan sijil.



Semasa dihubungi, Jururawat Klinisyen itu mengakui "ratusan" doktor dan jururawat baru yang mendapat bimbingannya sepanjang tempoh beliau bertindak selaku mentor berkaitan isu penyakit jangkitan kelamin (STD).



"Saya ajar mereka tentang cara kami mendiagnosis, mengumpul sampel dan kaedah rawatan yang kami jalankan di sini.



"Terlalu ramai yang diajar sehinggakan saya tidak ingat mereka, melainkan mereka kembali ke mari untuk bertugas sepenuh masa.



"Padahal pernah juga salah seorang daripada mereka tinggal dalam estet kejiranan dengan saya.



"Saya tidak kenal sehinggalah beliau yang menegur sapa saya," jelasnya tersenyum.



Mengongsi kisah pahit manis yang dilaluinya bersama pesakit, Encik Adnan menceritakan pernah juga beliau didatangi seorang pesakit lelaki yang mengadu nasib dengannya kerana berasa tertekan dengan jangkitan yang dialami.



"Saya masih ingat lelaki itu yang sudah berkeluarga mengadu meminta tolong - katanya beliau menyesali "kesilapannya" dan takut sekiranya jangkitan yang dialaminya itu lebih teruk daripada yang disangka.



"Saya hanya mendengar dan berikan sepatah dua nasihat yang saya harap dapat redakan kebimbangannya.



"Alhamdulillah selepas keputusan ujiannya, beliau menarik nafas lega kerana jangkitan tersebut dapat dirawati," jelas beliau.



Selain melakukan tugasan hariannya Encik Adnan juga menghabiskan masanya di Persatuan Dermatologi Jururawat Singapura dan Kumpulan Bertindak Bagi Aids (AFA).



Diminta komennya Pengurus Jururawat Kanan NSC, Cik Tan Kim Lian, berkata:



"Adnan merupakan seorang guru yang bersemangat dan mentor penyayang yang memberi inspirasi serta menanam rasa cinta kepada pembelajaran dalam kalangan pelajarnya."




"Adnan merupakan seorang guru yang bersemangat dan mentor penyayang yang memberi inspirasi serta menanam rasa cinta kepada pembelajaran dalam kalangan pelajarnya."
- Pengurus Jururawat Kanan NSC, Cik Tan Kim Lian, mengenai Encik Mohammed Adnan Mahmud.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >