CIK Nirmala Karmaroon berasakan pandemik Covid-19 yang melanda ternyata menguji keupayaan dan respons daripada semua kakitangan dalam sesebuah institusi jagaan kesihatan.
Bagi Timbalan Pengarah Kejururawatan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) itu, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan semasa berlakunya krisis.
Malah, ibu empat anak yang kini berusia 56 tahun itu, berserta pasukannya terpaksa bekerja sehingga lewat malam sepanjang dua tahun lalu, di kemuncak pandemik Covid-19 bagi membuat pelbagai perancangan dan respons semasa pandemik mula melanda.
Cik Nirmala yang sudah bekerja dalam perkhidmatan kejururawatan sejak 40 tahun lalu, telah terpilih selaku salah seorang daripada enam jururawat yang menerima Anugerah Presiden bagi Jururawat untuk tahun ini – pengiktirafan tertinggi dalam kerjaya kejururawatan Singapura.
Presiden Halimah Yacob telah menyampaikan anugerah tersebut kepada enam penerima dalam satu acara penganugerahan di Istana.
Dalam posnya di Facebook pada Selasa (26 Julai), Puan Halimah berkata jururawat adalah bahagian penting sistem penjagaan kesihatan Singapura.
“Sedang kita beralih kepada hidup bersama Covid-19, jururawat kekal di barisan hadapan dalam menghadapi cabaran dan ancaman penjagaan kesihatan.
“Namun, seperti yang ditunjukkan penerima anugerah tahun ini, jururawat terus mengorak langkah dalam penyampaian penjagaan pesakit, pendidikan, penyelidikan dan pentadbiran.
“Tahniah kepada penerima anugerah tahun ini, dan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua jururawat,” kata beliau.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Dedikasi selama 40 tahun raih pengiktirafan tertinggi Anugerah Presiden bagi Jururawat
Jul 26, 2022 | 09:13 PM