DEFIBRILATOR Luar Automatik (AEDs), yang digunakan sekiranya seseorang individu mengalami serangan jantung, akan dipasang di semua 107 balai rakyat dan kelab masyarakat di Singapura menjelang akhir tahun ini.
Menteri Kesihatan Gan Kim Yong mengumumkan hal itu pada pelancaran Program Orang Ramai Pertama Respons anjuran Persatuan Rakyat (PA) dan Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.