Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Defisit HDB bertambah kepada $2.02b

Sep 18, 2015 | 11:12 AM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengalami defisit lebih $2 bilion dalam tahun kewangan lalu, meningkat daripada $1.97 bilion pada tahun sebelumnya.


Ini walaupun defisit program pemilikan rumah - yang membentuk sebahagian besar daripada kerugiannya - berkurangan.


Bagaimanapun, lebihannya dalam perkara lain juga berkurangan. Khususnya, lebihan sewa dan perniagaan berkaitan lembaga itu jatuh kepada $679 juta, daripada $745 juta pada tahun sebelumnya.


Pada tahun berakhir 31 Mac, defisit keseluruhan HDB sebelum geran pemerintah ialah $2.02 bilion, menurut keputusan kewangan yang telah diaudit di laman webnya.


Selain lebih daripada pada tahun kewangan 2014, ia lebih tinggi darpada defisit $797 juta dan $443 juta pada tempoh dua tahun sebelumnya.


Walaupun mengalami defisit, HDB menerima geran daripada Kementerian Kewangan setiap tahun bagi mengimbangi akaunnya.


Pada Januari lalu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, berkata di Parlimen bahawa defisit HDB akan "terus tinggi" pada beberapa tahun kewangan akan datang.


Ini kerana flat yang dilancarkan dalam tempoh tiga tahun bagi menambah bekalan - 2011 hingga 2013 - masih sedang disiapkan.


Dalam tahun kewangan terkini, defisit pemilikan rumah ialah $1.75 bilion, turun daripada jumlah defisit rekod $1.93 pada tahun sebelumnya.


HDB mengalami kerugian dalam jualan rumah kerana akaunnya termasuk peruntukan bagi "kehilangan yang dijangka, iaitu perbezaan antara harga jualan flat dan anggaran kos pembangunannya.


HDB menerima pendapatan luar lebih tinggi pada tahun kewangan lalu. Ini serta defisit lebih rendah dalam segmen pemilikan rumah lebih daripada mengimbangi jumlah lebih tinggi yang diberi kepada pembeli dalam bentuk Geran Perumahan Tambahan dan Khas Tabung Simpanan Pekerja (CPF).


Pembeli flat menerima $263 juta geran tersebut, bertambah daripada $162 juta pada tahun sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >