Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dek tak pakai pelitup, 'sebat' daun pandan...

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 62 tahun yang telah menikam dan mengelar seorang pegawai penguatkuasaan jarak selamat, ketika memotong daun pandan, dihukum penjara selama 13 tahun dan empat bulan semalam.



Pesalah, Ahirrudin Al-Had Haji Ariffin, menyerang pegawai Lembaga Taman Negara (NParks) di Taman Sungei Serangoon pada 4 Mei 2020, apabila ditegur agar memakai pelitup dan diberitahu tidak boleh memetik daun pandan di sana.



Mangsa berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian dada, lengan, tangan dan kulit kepalanya. Ibu jari kiri mangsa hampir putus akibat serangan itu sehingga perlu menjalani pembedahan dan menerima cuti perubatan selama 89 hari.



Ahiruddin telah mengaku bersalah kepada setiap satu tuduhan menyebabkan kecederaan parah secara sukarela, memiliki senjata yang tidak dibenarkan dan melanggar peraturan Covid-19 kerana tidak berpelitup.



Dia telah menyerang mangsa dengan tongkat sepanjang satu meter yang mengandungi bilah sepanjang 20.8 sentimeter di hujung, tersembunyi oleh sekeping kayu.



Menurut hakim, panjangnya bilah itu "pada mulanya berfungsi sebagai tongkat dan kemudian menjadi tiruk".



Dia juga menggunakan dua pisau kerambit, setiap satu dengan mata pisau sepanjang 10 sentimeter yang disembunyikan dalam kasut, untuk memotong daun.



"Serangan tertuduh tidak masuk akal, keji, tidak mempunyai perasaan dan satu tindak balas yang tidak wajar," kata Hakim, Encik Tan Siong Thye, ketika menjatuhkan hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >