MESKIPUN belum didaftarkan, Revive SG - sebuah kumpulan bagi membantu golongan penagih dan samseng - yang diasaskan oleh Encik Iqbal Ayub Bharoocha - telah mula mendekati golongan tersasar dengan hasil menggalakkan.
Salah seorang daripada mereka, pelajar GCE peringkat 'N', yang dirundung masalah ketagihan dadah jenis Ice, telah beliau rujukkan awal bulan lalu ke sebuah pusat bagi merawat ketagian dadah setempat.