Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Delegasi dari 3 negara Asia lawat stesen DTL3

Oct 12, 2017 | 07:33 PM



 



DELEGASI dari tiga negara rakan kerja dialog Asean – China, Jepun dan Korea Selatan – melawat tiga stesen MRT di Laluan Downtown 3 (DTL3) hari ini (12 Oktober).



Kunjungan itu merupakan sebahagian Mesyuarat Menteri Pengangkutan Asean yang bermula hari ini.



Wakil khas ehwal antarabangsa bagi Kementerian Tanah, Prasarana, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Encik Masayoshi Isono, memimpin delegasi Jepun untuk melawat stesen Bencoolen yang dibina oleh Sato Kogyo, dengan menelan belanja $177.58 juta.



Pengurus besar kejuruteraan awam Sato Kogyo, Encik Hirotaka Onawa, membawa delegasi itu berjalan-jalan di stesen itu, yang siap dibina awal tahun ini.



Encik Onawa menarik perhatian beberapa cabaran kejuruteraan unik yang dihadapi syarikat Jepun itu semasa membina stesen Bencoolen yang sedalam 43 meter bawah tanah – stesen MRT paling dalam di Singapura.



Dalam pada itu, delegasi dari China yang dipimpin oleh Naib Menteri Pengangkutan negara itu, Encik Dai Dongchang, melawat stesen Kaki Bukit yang dibina oleh China State Construction Engineering Corporation, dengan menelan belanja $93.8 juta.



Delegasi Korea Selatan pula – yang dipimpin oleh pengarah kerjasama antarabangsa dan divisyen perdagangan bagi Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan negara itu, Encik Cho Seongkyun – melawat stesen Upper Changi yang dibina Samsung C&T Corporation, yang memenangi kontrak untuk membina stesen itu dengan kos $256.98 juta.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >