Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Delegasi AS temui PM, Presiden Halimah

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



SATU delegasi Kongres Amerika Syarikat (AS) pimpinan Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Cik Nancy Pelosi, telah bertemu Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong di Istana semalam.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, Encik Lee dan delegasi Kongres itu mengesahkan kerjasama mendalam dalam pelbagai aspek antara kedua negara, yang diperkukuh dengan kerjasama erat meliputi bidang pertahanan, keselamatan, dan ekonomi.



Encik Lee mengalu-alukan komitmen yang dilahirkan delegasi Kongres bagi penglibatan kukuh Amerika di rantau ini.



Kedua-dua negara turut membincangkan cara mendalami penglibatan ekonomi Amerika di rantau ini menerusi daya usaha seperti Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik.



Delegasi seramai enam orang itu, turut bertemu beberapa menteri lain termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Lawatan dua hari mereka ke Singapura merupakan rangka lawatan mereka ke Asia yang meliputi Jepun, Malaysia dan Korea Selatan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >