Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Deliveroo biaya separuh kos 200 pekerja penghantaran tukar ke e-basikal

Oct 13, 2021 | 05:30 AM



DELIVEROO Singapore akan menaja hingga 50 peratus daripada kos basikal menggunakan kuasa (PAB) baru untuk meringankan beban kewangan 200 pekerja penghantaran yang ingin mendapatkan kenderaan lebih baik.



Syarikat penghantaran makanan itu semalam mengumumkan projek perintis inisiatif tersebut, yang dikenali sebagai Skim Subsidi Peningkatan Basikal Menggunakan Kuasa.



Program itu akan membolehkan pekerja penghantaran berjalan kaki dan menunggang basikal menukar kaedah penghantaran mereka kepada basikal elektrik bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan dengan membuat lebih banyak penghantaran dalam waktu lebih singkat.



Bulan ini, 200 pekerja penghantaran akan diundang menyertai skim ini, kata Deliveroo dalam satu kenyataan.



Deliveroo akan membiayai hingga 50 peratus, dengan had $500, untuk model PAB yang mematuhi peraturan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) daripada dua pembekal, Mobot dan Falcon PEV.



Seorang pekerja penghantaran Deliveroo yang akan mengambil bahagian dalam skim subsidi itu, Encik Ong Zhi Hao, 29 tahun, berkata: "Dengan simpanan saya dan ditambah dengan bantuan Deliveroo, saya gembira dapat mengubah kenderaan kepada PAB untuk menghantar lebih banyak pesanan kepada pelanggan dan meningkatkan pendapatan saya secara selamat."



Inisiatif berjumlah $100,000 itu dibiayai oleh dana masyarakat global Deliveroo.



Pekerja penghantaran yang dipilih akan dapat membeli e-basikal baru sesuai untuk penghantaran makanan atau menaik taraf daripada basikal tidak berkuasa.



Pembekal dalam skim tersebut juga akan memberi potongan harga dan barangan percuma kepada pekerja penghantaran itu.



Program ini sejajar dengan wawasan Singapura memastikan semua kenderaan menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2040, kata Deliveroo.



Pengurus Besar Deliveroo Singapore, Cik Sarah Tan, berkata: "Bergantung pada model dan spesifikasi, ada kenderaan, seperti basikal menggunakan kuasa adalah mahal dan berharga sekitar $700 hingga $1,800.



"Kami berharap dengan skim subsidi baru ini, kami dapat membantu pekerja penghantaran Deliveroo kami meringankan beban kewangan mereka dan menjana lebih banyak keuntungan dalam masa sejam melalui lebih banyak penghantaran yang dipenuhi."



Inisiatif itu menandakan projek pertama di Singapura yang disokong Dana Masyarakat global syarikat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >