Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Deliveroo hantar 1,600 juadah buka percuma kepada pekerja migran 

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Deliveroo hantar 1,600 juadah buka percuma kepada pekerja migran 

May 03, 2021 | 05:30 AM

DARIPADA seorang wira kepada seorang lagi wira.

Setiap petang Jumaat sepanjang Ramadan ini, penghantar makanan Deliveroo, Cik Noryatti Sharil, akan menyumbang masanya selama sejam untuk membuat satu penghantaran istimewa.

Beliau akan ke Pasar Tiong Bahru untuk mengambil pesanan makanan di sana sebelum menghantarnya kepada pekerja migran di dormitori. 

Cik Noryatti, 42 tahun, antara 30 penghantar makanan Deliveroo yang terlibat dalam satu inisiatif menghantar makanan buka puasa percuma kepada pekerja migran di sini.

Inisiatif itu sebahagian kempen baru Deliveroo, ‘Heroes to Heroes’.

Dalam usaha itu, Deliveroo Singapura telah bekerjasama dengan Pusat Pekerja Migran (MWC) untuk menghantar sekitar 1,600 makanan buka puasa percuma kepada pekerja migran di lima dormitori.

Makanan tersebut sumbangan Deliveroo dan dihantar oleh penghantar syarikat itu. Ia disediakan oleh gerai Muhammad Shazain Faiha Muslim Food Paradise di Pasar Tiong Bahru.

Inisiatif itu dijalankan setiap Jumaat selama empat minggu sepanjang Ramadan, dari 16 April hingga 7 Mei.

“Apabila saya lihat inisiatif ini dalam surat berita Deliveroo, saya tertarik sebab ia melibatkan pekerja migran. Mereka juga memerlukan sokongan kita.

“Jadi, saya secara sukarela sertai inisiatif ini – tidak fikir dua atau tiga kali dan terus serta,” kata Cik Noryatti, yang telah berkhidmat bersama Deliveroo sejak 2019,” tambah ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu.

Selain itu, kempen Heroes to Heroes menyaksikan MWC menderma 50 paket kurma Ajwa kepada kededua pekerja migran dan penghantar makanan Deliveroo untuk dinikmati sepanjang Ramadan ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3