Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Demam iPhone melanda S’pura sekali lagi

Sep 20, 2019 | 12:16 PM



DEMAM iPhone melanda Singapura sekali lagi, dengan ramai yang turun padang ke cawangan telekomunikasi di merata negara sempena pelancaran telefon bimbit siri terbaru syarikat Apple, iPhone 11, pada Jumaat (20 September).



Pertama dalam barisan di kedai utama Apple di Orchard Road ialah Encik Julian Cho, 39 tahun.



Selepas memesan dalam talian iPhone 11 Pro 64GB pada tengah malam, beliau tiba di cawangan tersebut pada 7 pagi, dan berjaya mendapat tempat pertama dalam barisan di luar kedai itu.



Dalam barisan ratusan orang yang membelit, terdapat juga mereka yang mula beratur dari malam Khamis (19 September).



"Saya telah memesan empat telefon siri baru ini. Tiga lagi masih dalam perjalanan ke Singapura, namun saya ingin mendapatkan telefon saya yang pertama pada hari ini,” kata Encik Cho yang bekerja dalam sektor hartanah.



Baki tiga lagi telefon yang dipesannya akan diberikan kepada dua adik lelakinya dan juga isterinya.



Bahkan, terdapat juga pelanggan yang tidak berasal dari Singapura, seperti Encik Aidid Haiqal, 17 tahun.



"Saya sangat gembira kerana akhirnya dapat juga iPhone baru ini,” katanya yang telah terbang ke Singapura dari Kuala Lumpur khas untuk mendapatkan telefon bimbit itu.



Encik Aidid membeli dua telefon bimbit baru, satu iPhone 11 Pro Max 512GB berwarna kelabu untuk dirinya sendiri, dan satu lagi iPhone 11 128GB berwarna hitam untuk adik perempuannya.



Siri iPhone 11 terdiri daripada iPhone 11 6.1-inci, iPhone 11 Pro 5.8-inci and iPhone 11 Pro Max 6.5-inci. 



Harga tiga model tersebut bermula daripada $1,149, $1,649 dan $1,799.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >