Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Demam Piala Dunia bermula

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Demam Piala Dunia bermula

Jun 13, 2018 | 03:11 PM

SELEPAS Singapura menyambut media dari seluruh dunia yang hadir bagi sidang puncak Trump-Kim, Russia pula menyambut pengunjung dari seluruh dunia ke Moscow bagi Piala Dunia yang bermula esok (14 Jun).

Pelbagai iklan yang menunjukkan wajah pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic menghiasi sepanduk dan papan iklan dari Lapangan Terbang Domodedovo Moscow sehingga jalan raya kota itu.

Dengan waktu siang yang panjang iaitu 17 jam – matahari terbit sekitar 4 pagi dan terbenam selepas 9 malam – peminat bola sepak juga dapat menyertai pelbagai sambutan di kota itu lebih lama.

Sekitar sejuta peminat dijangka berkunjung ke Russia sepanjang Piala Dunia berlangsung, iaitu sehingga 15 Julai.

Meskipun terdapat kebimbangan tentang perkauman dan tindakan samseng, keadaan berjalan lancar sejauh ini.

Malah menurut akhbar The Straits Times, proses melepasi Lapangan Terbang Domodedovo juga lancar, dengan pegawai kastam yang tegas dan teliti namun tetap menyambut pengunjung dengan ucapan “Welcome!” dalam bahasa Inggeris.

Ratusan relawan tempatan dan asing juga membuat proses mendapatkan pas bagi orang awam dan petugas media cukup lancar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3