Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mendaki tubuh pejabat nilai keberkesanan programM3

Zaqy: Guna teknologi, analitik data pantau program dan impaknya bagi tujuan perkemas atau peningkatan
Jun 20, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki telah menubuhkan sebuah pejabat penilaian program tahun lalu untuk menilai keberkesanan pelbagai program M Kuasa Tiga (M3) yang dijalankankan.



Ini diumumkan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga timbalan pengerusi Yayasan Mendaki.



Berkongsi perkembangan terkini itu semasa sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Mendaki kelmarin, Encik Zaqy berkata pejabat baru itu memanfaatkan teknologi dan analitik data bagi memantau keberkesanan semua program badan bantu diri itu dan impaknya terhadap peserta.



Dapatan yang diperolehi melalui penilaian itu boleh memberi maklum balas sama ada sesuatu program itu harus diperkemas atau dipertingkat.



Menurut beliau, pejabat itu telah memulakan tugas mereka dengan memantau keberkesanan program KelasMateMatika (KMM) dan me-rancang melakukan yang sama bagi program lain.



Tahun lalu, Mendaki mendekati lebih 73,000 benefisiari dan individu melalui pelbagai program yang diadakannya, termasuk KMM dan Skim Tuisyen Mendaki (MTS).



MTS sahaja mempunyai sekitar 8,000 peserta.



Encik Zaqy berkata bilangan itu merupakan satu saiz sampel agak besar yang boleh dipantau dari semasa ke semasa.



"Kami membina masyarakat kajian ini sekarang agar kami boleh lebih memahami trend dan dapatan dalam masyarakat Melayu/Islam mengenai isu-isu yang berlainan secara lebih mendalam.



"Dengan adanya analitik data hari ini… ia memberi kami lebih banyak pandangan, yang saya rasa amat bermanfaat bagi masyarakat juga untuk belajar daripada pengalaman kami," kata beliau.



Encik Zaqy turut berharap data dan dapatan yang dikumpulkan akan juga memberi manfaat kepada pihak lain dari segi cara mereka mahu bekerjasama dengan masyarakat Melayu/Islam dalam pelbagai isu.



"Oleh itu, ia mempertajamkan program kami kerana kini saya tahu apakah yang perlu diberikan tumpuan, apakah yang berkesan sejauh ini, dan kami juga memantau keberkesanan program menerusi pelbagai penunjuk," kata beliau.



Ini termasuk mengetahui perkara seperti faktor yang mempengaruhi anak-anak untuk berjaya dalam MTS dan yang menjadi cabaran bagi pekerja, tambah Encik Zaqy.



Berkongsi dapatan tentang KMM, Encik Zaqy berkata penilaian dijalankan terhadap program itu untuk mengetahui sama ada ia terus berkesan dalam mempersiapkan kanak-kanak memasuki darjah satu sedang program itu diperluaskan.



KMM melengkapi ibu bapa dengan kemahiran untuk mengajar anak-anak mereka konsep celik angka asas agar anak-anak lebih bersedia apabila menjejakkan kaki ke darjah satu.



Tahun lalu, lebih 3,500 kanak-kanak dan ibu bapa mengambil bahagian dalam program KMM.



Dapatan melalui penilaian yang dijalankan menunjukkan lebih 80 peratus kanak-kanak bersedia dengan pengetahuan angka asas tatkala menjejakkan kaki ke sekolah rendah.



"Ini penting bagi kami kerana sedang program diperluaskan, kami mahu memastikan mutunya kekal dan dengan masa, kami perlu meneliti sama ada mutu program bertambah baik selepas program diperluaskan," kata Encik Zaqy.



"Itu sebabnya pejabat penilaian program amat penting bagi kami demi memastikan mutunya kekal," tambah beliau.




DEMI PERTAJAM PROGRAM 



"Kami membina masyarakat kajian ini sekarang agar kami boleh lebih memahami trend dan dapatan dalam masyarakat Melayu/Islam mengenai isu-isu yang berlainan secara lebih mendalam. Dengan adanya analitik data hari ini… ia memberi kami lebih banyak pandangan, yang saya rasa amat bermanfaat bagi masyarakat juga untuk belajar daripada pengalaman kami... Oleh itu, ia mempertajamkan program kami kerana kini saya tahu apakah yang perlu diberikan tumpuan, apakah yang berkesan sejauh ini, dan kami juga memantau keberkesanan program menerusi pelbagai penunjuk,"
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) yang juga timbalan pengerusi Yayasan Mendaki. 




PEMILIHAN DAN PERSARAAN ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH MENDAKI



ANGGOTA BARU DIPILIH



- Encik Muhammad Fadhlullah Daud dari Darul Arqam Singapura

- Encik Muhammad Syahiran Rohajat dari Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS)

- Encik Nassar Mohamad Zain dari Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM)

- Cik Yeo Nadia dari Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM)



ANGGOTA DIPILIH SEMULA



- Encik D'Cruz Firdaus Lionel Wilfred dari Pusat Pendidikan dan Kebajikan Pertapis

- Ustaz Muhammad Azri Azman dari Persatuan Muhammadiyah



BERSARA DARIPADA LEMBAGA



- Encik Fazli Mansor dari DPPMS

- Encik Halil Haji Mansor dari LBKM

- Dr Mustafa Izzuddin dari 4PM

- Cik Nur Hani Nasir dari Darul Arqam Singapura




“Pelajar yang keadaan kewangannya telah berubah semasa Covid-19 dan layak bagi subsidi lebih tinggi juga boleh memohon semula TTFS. Jadi, kami secara proaktif mendekati ibu bapa, meminta mereka memohon semula TTFS jika mereka kini layak, disebabkan kehilangan pendapatan contohnya. Oleh itu, meskipun mereka sedang tengah-tengah pengajian, kami membenarkan penyesuaian.”
– Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), yang juga timbalan pengerusi Yayasan Mendaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >