Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Demi rawatan segera Covid-19, $88,000 dikumpul bagi terbangkan suami isteri dalam ambulan udara ke S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Demi rawatan segera Covid-19, $88,000 dikumpul bagi terbangkan suami isteri dalam ambulan udara ke S'pura

Dec 19, 2020 | 11:03 PM

ENCIK Abdul Rashid Sahari dan isterinya Cik Safiah Rawi Abed merancang untuk kembali ke Singapura bulan ini dari Jakarta bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-33 bersama anak-anak dan cucu mereka.

Namun, mereka tidak menduga kembalinya mereka ke sini berasingan dan dengan menaiki ambulan udara.

Pasangan ini disahkan positif Covid-19 dengan keadaan kesihatan Encik Rashid, 64 tahun, yang bertugas di Jakarta, amat membimbangkan. Mereka berdua kembali ke Singapura pada 7 dan 8 Disember bagi mendapatkan rawatan perubatan segera.

Sedang Cik Safiah, 56 tahun, sudah sembuh daripada virus tersebut, Encik Rashid masih lagi bertarung dengan Covid-19 di unit jagaan rapi di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan sedang suami isteri ini dirawat di Singapura, mereka tidak boleh dikira sebagai antara bilangan kes Covid-19 rasmi yang dilaporkan di sini kerana mereka disahkan positif Covid-19 di luar negara.

Ini sejajar dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana setiap negara hanya mengira kes yang dikesan di negara mereka sendiri untuk mengelakkan kiraan dibuat dua kali di negara berasingan, tambah MOH.

Tanda-tanda penyakit Encik Rashid bermula dengan kebiasaan demam dan batuk sahaja. Keadaan kesihatannya bertambah buruk apabila doktor Indonesia menyarankan pemasangan tiub bagi membolehkannya bernafas.

Menantu pasangan ini, Encik Haikel Fahim, 34 tahun, memberitahu akhbar The Straits Times:

"Walaupun bapa mentua saya terasa sangat sakit, beliau tidak dikejarkan ke hospital setelah beliau berkunjung ke klinik di Jakarta pada 1 Disember."

Encik Rashid yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi sudah bekerja di Indonesia selama lebih 20 tahun. Beliau bertugas sebagai pegawai kawalan mutu di loji tenaga di Jakarta.

Cik Safiah yang merupakan Penduduk Tetap Singapura yang berasal dari Indonesia biasanya tinggal sahaja di sini dan mengunjungi suaminya pada Februari lalu bersama anggota keluarga lain. Beliau bercadang untuk tinggal dengan suaminya di Jakarta pada masa itu.

Encik Rashid kemudian dimasukkan ke hospital swasta di Jakarta pada 3 Disember, seminggu selepas dikesan positif Covid-19 pada 27 November.

"Keadaannya sangat menekan pada hari pertama bapa mentua saya dimasukkan ke hospital kerana kami tidak tahu beliau dihantar ke hospital mana atau bagaimana menghubunginya. Tambahan pula, ibu mentua saya juga menghidap Covid-19 dan seorang diri di rumah," ujar Encik Haikel, seorang karyawan perhubungan awam.

Dalam keadaan kesihatan Encik Rashid kian membimbangkan, keluarga ini mengambil keputusan mendadak untuk membawa pulang Encik Rashid ke Singapura.

"Kami membuat permohonan di media sosial bertanyakan jika ada yang tahu bagaimana kami boleh membawa bapa mentua saya pulang ke Singapura kerana tentunya penerbangan komersial tidak boleh menerbangkannya ke sini sebab beliau menghidap Covid-19 dan tambahan lagi, beliau bergantung pada oksigen," kata Encik Haikel lagi.

Keluarga ini kemudian menemui sebuah syarikat, Hope Ambulance, yang boleh menerbangkan pasangan ini dengan jet privet yang dilengkapi peralatan perubatan yang sewajarnya.

Encik Rashid diterbangkan ke Singapura pada 7 Disember, hari di mana beliau sepatutnya kembali ke sini bagi ulang tahun perkahwinannya. Cik Safiah pula menyusul keesokan harinya, juga dalam ambulan udara.

Keluarga ini menganggarkan kos pemindahan dan rawatan susulan yang dibiaya ialah sekitar $85,000 dengan khidmat penerbangan ambulan udara sahaja menelan belanja $67,000. 

Mereka membuat permohonan di blog yang dihasilkan Encik Haikel, lengkap dengan butiran pengalaman suami isteri ini dalam mendapatkan bantuan bagi menampung kos pemindahan perubatan.

Mereka juga dimaklumkan Encik Rashid memerlukan masa yang lama untuk pulih. Beliau memerlukan fisioterapi dan proses pemulihan yang sewajarnya, tambah Encik Haikel lagi.

Sejak blog itu dimuatnaikkan pada Ahad (13 Disember), keluarga ini telah dapat mengumpulkan sumbangan lebih $88,000. Jika kos yang diperlukan sudah mencukupi dan ada baki sumbangan orang ramai, ia akan disalurkan kepada badan kebajikan. 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3