Denda $1,000, penjara 3 bulan jika guna telefon semasa tunggang PMD
Parlimen lulus pindaan Rang Undang-Undang Mobiliti Aktif; mereka di bawah usia 16 tahun juga dilarang tunggang PMD di laluan pejalan kaki
Feb 05, 2020 | 05:30 AM
MULAI separuh kedua tahun ini, penunggang alat mobiliti peribadi (PMD) yang menggunakan telefon bimbit semasa menunggang peranti tersebut boleh dikenakan hukuman denda $1,000 dan/atau dipenjara selama tiga bulan.
Sementara mereka di bawah usia 16 tahun yang menunggang PMD di laluan pejalan kaki juga boleh menerima hukuman yang serupa.