Denda $200 bagi pemilik rumah yang biak nyamuk, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Denda $200 bagi pemilik rumah yang biak nyamuk

Feb 28, 2016 | 03:27 PM

PARA penduduk yang didapati membiak nyamuk dan menetap di luar kelompok denggi, kini akan dikenakan saman sebagai tindakan lebih tegas dalam mengekang penularan denggi di negara ini. 

Sebelum ini, hanya penduduk yang didapati mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes di rumah mereka yang terletak di kelompok denggi akan didenda.

Para penduduk boleh dikenakan sebanyak $200 jika pegawai menemui tempat pembiakan nyamuk.

Ini akan berkuat kuasa mulai 14 Mac ini, umum Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed semasa melancarkan kempen ‘Do the Mozzie Wipeout’ di Kelab Masyarakat Tampines West. 

Kempen tahunan anjuran Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) itu diadakan lebih awal tahun ini, menggalak masyaraka agar aktif bertindak mengelak pembiakan nyamuk bagi tempoh 14 hari, bersamaan dengan dua kitaran pembiakan nyamuk.

Discover Malay Home Based Businesses

Encik Masagos berkata sudah tiba masanya langkah itu dikuatkuasakan ke atas penduduk yang tinggal di luar kelompok denggi selepas usaha meningkatkan kesedaran mengenai denggi dijalankan sejak beberapa tahun lalu. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map