Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Denda $250,000 bagi firma kitar semula atas kebakaran di Tuas pada 2017

Jan 21, 2021 | 07:09 PM

SEBUAH firma kitar semula didenda $250,000 pada Khamis (21 Jan) ekoran satu kebakaran dan letupan yang berlaku di Tuas pada 24 Jun 2017.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang pekerja daripada firma tersebut terkorban, lapor The Straits Times.

Warga China, Chen Qiu, 39 tahun, mati akibat sepsis dan kerosakan pelbagai organ selepas mengalami kelecuran yang teruk. 

Rakan kerjanya, Encik Jiang Yongteng, 27 tahun, pula mengalami kelecuran darjah dua namun beliau selamat.

Syarikat Chuan Eng Leong Trading didapati bersalah tahun lalu kerana gagal memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya.

Berita Popular

Mahkamah diberitahu firma tersebut gagal melaksanakan pemeriksaan keselamatan dan risiko yang lengkap.

Ia juga didapati tidak menerapkan langkah keselamatan secukupnya sebelum pekerja firma itu mengendali sebuah mesin pemampat kanister deodoran yang mengandungi bahan mudah bakar, meskipun kanister itu sudah kosong.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map