Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda lebih berat bagi pesalah yang lekatkan iklan di kemudahan jalan raya

Jun 10, 2015 | 05:24 PM



DENDA lebih berat akan dikenakan kepada mereka yang melekatkan iklan-iklan tanpa kebenaran di kemudahan-kemudahan jalan raya seperti tiang lampu, tiang-tiang di laluan tertutup dan perhentian bas.


Mulai bulan ini denda bagi pesalah berulang akan dinaikkan daripada $300 kepada $500, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini, Rabu.


LTA berkata penggunaan cat anti-melekat di kemudahan-kemudahan jalan raya bermula sejak 2010 telah membantu mengurangkan bilangan iklan yang tidak dibenarkan dan mengekalkan kebersihan.


Cat khas itu menyukarkan iklan untuk ditampal dan telah membantu mengurangkan masa dan kos pekerja.


Cat tersebut telah digunakan di lebih 16,900 tiang lampu dan kemudahan jalan raya berkaitan di sekitar 600 lokasi.


LTA menambah sejak 2011 ia telah menyediakan papan-papan iklan berkos rendah di stesen-stesen MRT yang dipilih yang mempunyai ramai pejalan kaki.


Kini terdapat sejumlah 52 papan tersebut di 45 lokasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >