Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda lebih keras bagi majikan amal diskriminasi tempat kerja

Hukuman termasuk digantung lebih lama daripada mendapatkan pas pekerja
Jan 15, 2020 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) kini mengambil tindakan lebih tegas terhadap majikan yang mengamalkan diskriminasi di tempat kerja.



Bermula bulan ini, majikan yang melanggar Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil tidak akan dibenarkan mendapatkan pekerja asing baru selama 12 bulan, lebih lama daripada enam bulan sebelum ini.



Tempoh penggantungan paling lama ialah 24 bulan bagi kes serius.



Selain itu, majikan bersalah tidak boleh memperbaharui pas pekerja asing sedia ada.



Mengumumkan langkah itu semalam, Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, berkata sedang Singapura kekal terbuka kepada pekerja asing, terutamanya dalam bidang baru, perniagaan juga perlu melabur dalam pekerja tempatan.



"Kita memerlukan kerjasama majikan untuk memastikan Singapura kekal terbuka dengan menyediakan peluang adil kepada rakyat kita. Ini bermakna tidak mengehadkan pekerjaan kepada kenalan rapat, mengamalkan pertimbangan adil, termasuk bagi pemohon tempatan, dan menggajikan berdasarkan merit," kata Cik Teo.



Beliau menambah bahawa tanggapan tentang sikap tidak adil atau diskriminasi terhadap pekerja setempat "toksik", khususnya dalam tenaga kerja berbilang negara di Singapura.



Cik Teo berkata demikian semasa berucap di acara menandakan selesainya Program Penukaran Profesional (PCP) untuk kakitangan syarikat teknologi Salesforce.



MOM juga akan mengheret majikan yang membuat pengisytiharan palsu mengenai amalan pengambilan kerja adil ke mahkamah. Jika didapati bersalah, majikan dan kakitangan utama boleh dipenjara hingga dua tahun, didenda hingga $20,000 atau dikenakan kededua hukuman.



Semalam, mahkamah mendengar kes syarikat Ti2 Logistics yang didakwa mengisytihar secara palsu bahawa ia telah menimbangkan calon tempatan bagi jawatan kosong, padahal ia telah memilih pekerja asing bagi jawatan itu terlebih dahulu.



Ia kes pertama di bawah Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF), yang diperkenal pada 2014 untuk mengatasi diskriminasi di tempat kerja, menyusuli penubuhan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (Tafep) pada 2006.



Dari 2014 hingga 2018, Tafep menyiasat sekitar 2,000 aduan mengenai diskriminasi dan mengambil tindakan terhadap sekitar 680 kes yang ada bukti tentang amalan tersebut.



Daripada 680 kes itu, MOM merampas hak pas pekerjaan majikan dalam 280 kes - dengan sekitar 50 peratus ialah diskriminasi berkaitan kewarganegaraan (135 kes), dan yang lain pula melibatkan isu jantina (77), usia (48), kaum (17), dan status perkahwinan atau tanggungjawab keluarga (tiga).



Namun, pada keseluruhannya, MOM berkata usaha memerangi diskriminasi di tempat kerja kian menunjukkan hasil. Contohnya, iklan pekerjaan yang mendiskriminasi berkurangan, dan kadar pekerjaan bagi golongan tertentu, seperti penduduk warga emas dan wanita meningkat dalam masa sedekad.



Semalam, Cik Teo turut mengumumkan PCP bagi kakitangan Salesforce akan diperbaharui untuk memenuhi permintaan meningkat bagi karyawan infokom teknologi.



Program gabungan tenaga Salesforce bersama Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan SGTech itu akan memberi manfaat kepada hampir 150 karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET), termasuk golongan pertengahan kerjaya.



Laporan lanjut: MOM dakwa syarikat beri maklumat palsu, diskriminasi terhadap pekerja Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >