Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Denda lebih tinggi bagi kesalahan di tempat letak kereta mulai 1 Julai

Jun 24, 2019 | 02:01 PM



PENGGUNA jalan raya yang melanggar peraturan dan melakukan kesalahan di tempat letak kereta akan menghadapi denda yang lebih tinggi mulai 1 Julai, berikutan semakan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA). 



Dalam satu kenyataan hari ini, HDB dan URA berkata denda tersebut akan dinaikkan untuk kategori-kategori kesalahan berikut: kesalahan meletakkan kereta di tempat terlarang, kesalahan kupon dan meletakkan kereta secara digital serta mengelak dari bayaran Sistem Meletak Kereta Elektronik (EPS) di tempat letak kereta. 



Semakan terakhir terhadap denda bagi kesalahan di tempat letak kereta dilakukan pada 1991. 



Penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan dan meletakkan motosikal mereka sembarangan boleh dikenakan denda $35, naik $10 berbanding sebelum itu. 



Sementara itu, pemandu kereta dan kenderaan berat yang meletakkan kenderaan mereka di tempat yang dilarang akan menghadapi denda yang dinaikkan sebanyak $20. 



Ini bermakna pemandu kereta harus membayar $70 mulai 1 Julai, manakala kenderaan berta dikenakan bayaran $100. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >