Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majulah Singapura: KISAH KITA

Dendangan Aisyah memukau, suntik inspirasi bagi warga saling prihatin

Aug 10, 2022 | 05:30 AM



MEMUKAU!



Persembahan Aisyah Aziz malam tadi di pentas terapung Marina Bay membuatkan 27,000 penonton di stadium dan jutaan lain di rumah terbuai dek kemerduan suaranya mendendangkan lagu You Will Be Found dalam Bab Dua: Dian Di Tengah Kegelapan dalam segmen Kisah Kita, di acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).



Lagu itu merupakan hasil ciptaan Benj Pasek dan Justin Paul untuk persembahan teater muzikal Dear Evan Hansen, yang kemudian dirakam semula oleh penyanyi antarabangsa, Sam Smith dan Summer Walker.



Lagu yang pernah menjadi 'hit' di corong radio itu membawa mesej yang memberi kekuatan dan inspirasi bagi mereka yang sedang berhadapan dengan cabaran hidup.



Ditemui di pentas terapung Marina Bay itu, Aisyah berkata:



"Lagu yang sangat sesuai dengan situasi kita di Singapura pasca-Covid-19 ini. Tidak semua memahami apa yang ramai lalui, tidak semua orang gembira untuk berada di rumah ketika lockdown, kesihatan mental ramai terjejas, jadi ini merupakan satu lagu yang dapat memberi tahu mereka yang, 'Hey it's ok, we understand, we're in this together!' (Ia okay, kami faham, kami bersama-sama dengan anda)."



Dalam pada itu, Aisyah sempat berkongsi kebangaannya terpilih buat kali ketiga untuk membuat persembahan di NDP.



"Sebagai seorang anak seni di Singapura, ada beberapa lokasi berprestij yang disenaraikan sebagai pentas persembahan impian mereka. Seperti dewan konsert Esplanade, Stadium tertutup Singapura dan sudah tentu pentas terapung Marina Bay," ujar beliau, penuh bangga.



"Wow, lebih-lebih lagi ini merupakan NDP yang terakhir di pentas Marina Bay ini.



"Sambil saya bercakap ni, saya rasa bulu roma saya sedang meremang. Membuatkan saya sedih tapi bangga sebab saya akan ingat memori ini sampai bila-bila.



"Gambar saya di sini akan menjadi sebahagian daripada sejarah tempat ini," tambahnya.



Dalam pada itu, Aisyah turut membuat ramai yang menonton terkesima dengan busana yang diperagakan malam tadi.



Busana tersebut sepanjang lapan meter dan merupakan rekaan pereka fesyen tempatan, Nazri.



"Saya bawa sungai Singapura ke atas pentas ini" kata Aisyah berseloroh.



"Tahun ini kami mendapatkan khidmat pereka yang tidak terlibat dengan NDP dan saya memilih Nazri, dan beliau merekakan satu busana yang penuh dengan drama dan sangat sesuai dipakai di atas pentas yang gah ini," kongsinya, sambil menambah busananya itu seberat lima kilogram.



Dalam pada itu, menerusi persembahannya malam tadi, Aisyah berkongsi harapannya untuk negara tercinta.



"Dalam dunia 'baru' ini, dengan ramai orang rasa ianya dunia yang berbeza sebelum Covid-19, saya harap kita dapat melayan antara satu sama lain dengan lebih baik, dengan lebih rasa ihsan, lebih berperikemanusiaan.



"Ramai yang telah kehilangan, sedang ada yang bernasib baik kerana mampu bangkit semula. Jadi, kita harus menjaga satu sama lain, menyerlahkan semangat Singapura," ujarnya.




"Lagu yang sangat sesuai dengan situasi kita di Singapura pasca-Covid-19 ini. Tidak semua memahami apa yang ramai lalui, tidak semua orang gembira untuk berada di rumah ketika lockdown, kesihatan mental ramai terjejas, jadi ini merupakan satu lagu yang dapat memberi tahu mereka yang, 'Hey it's ok, we understand, we're in this together!' (Ia okay, kami faham, kami bersama-sama dengan anda)."
- Aisyah Aziz, penyanyi.




SEKITAR NDP



"Perasaan saya bercampur sedang saya membuat persembahan tahun ini, kerana ia adalah kali terakhir NDP diadakan di platform terapung Marina Bay. Jadi walau bangga, hati saya berasa sayu."
- Cik Hashimah Ali Rashid, 54 tahun. Penari 'Bab Tiga: Bersama Berbilang Keluarga, Rakyat Bersatu'. Beliau mewakili Persatuan Rakyat (PA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >