Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dengar 'podcast' Raya BH di Spotify

Jun 11, 2019 | 05:30 AM



KALAU sebelum ini kandungan Berita Harian/Berita Minggu boleh dinikmati dengan membaca akhbar dalam bentuk cetak dan digital, dan kemudiannya ditonton menerusi sajian video yang diterbitkan wartawan akhbar ini, kini kandungan BH/BM boleh didapatkan menerusi satu lagi wadah.



'Podcast' terbitan BH - yang dilancar Mei lalu - kini boleh didengar menerusi aplikasi Spotify.



Dinamakan #NoTapis, 'podcast' yang menampilkan personaliti popular, Suhaimi Yusof sebagai pengacara bersama-sama dengan koresponden BH, Shahida Sarhid, baru sahaja menutup tirai 10 episod edisi khas Ramadan.



'Podcast' edisi khas Ramadan itu mendapat sambutan baik daripada pendengar dan melihat #NoTapis mendaki tangga carta 'podcast' Singapura dan menduduki tangga ke-28 di akhir Ramadan.



Membimbing perbincangan #NoTapis edisi khas Ramadan itu adalah dua asatizah setempat - pendakwah bebas dan penceramah motivasi, Ustazah Liyana Musfirah dan pengurus pusat pengajian Al-Quran Al Jazari SG, Ustaz Muhammad Zahil Zakaria.



Sempena Lebaran ini, #NoTapis telah mengeluarkan dua episod edisi khas Hari Raya menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute, Ustaz Tarmizi Wahid.



Dalam episod pertama yang dimuat naik ke Spotify pada petang Raya, Suhaimi, Shahida dan Ustaz Tarmizi bersembang mengenai amalan kunjung mengunjung.



Episod kedua yang disiarkan Jumaat lalu pula membincangkan topik - wajarkah kita berhari Raya sepanjang sebulan?



Sebagai pengacara utama 'podcast' #NoTapis, Suhaimi, yang telah berkecimpung dalam dunia penyiaran selama lebih dua dekad berkata ia adalah satu lagi wadah menarik menyampaikan maklumat, informasi dan hiburan.



"Selain memenuhi cita rasa kini, lebih penting lagi kandungan 'podcast' #NoTapis ini juga berisi sambil menghiburkan. Saya gembira dan bangga dapat menyumbang kepada usaha BH menyampaikan kandungan menerusi pelbagai wadah," ujarnya.



'Podcast' #NoTapis disiarkan di Spotify setiap Isnin, Rabu dan Jumaat pada 12 tengah hari.



Selain #NoTapis, lain-lain 'podcast' BH termasuk Teh Tarik Kurang Manis yang dikelolakan wartawan Zulaiqah Abdul Rahim dan Bicara kelolaan wartawan Siti Aisyah Nordin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >