Dengar sembang #NoTapis 'The Chosen Wan'

APAKAH ritual Muhamad Ridhwan Ahmad atau 'The Chosen Wan' sebelum melangkah ke gelanggang?

Apa pula kaitan Roti John dengan kerjaya profesionalnya sebagai petinju?

Apa pula perasaannya terhadap bekas pengurus beliau yang menghilangkan diri?

Dapatkan jawapannya dalam podcast #NoTapis terbitan Berita Harian (BH) dalam sembang pengacara - personaliti popular, Suhaimi Yusof dan koresponden akhbar ini, Shahida Sarhid - bersama 'The Chosen Wan'.

Selain episod tersebut, pendengar juga boleh menikmati 19 episod #NoTapis sebelum ini yang menampilkan pendakwah bebas dan penceramah motivasi, Ustazah Liyana Musfirah; pengurus pusat pengajian Al-Quran Al Jazari SG, Ustaz Muhammad Zahil Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute, Ustaz Tarmizi Wahid dan lain-lain personaliti.

Sejak ke udara pada 13 Mei lalu, #NoTapis kini telah berjaya menembusi senarai 10 podcast terbaik di Carta Podcast Spotify dengan hampir 15,000 muat turun dan penstriman.

Berikut tiga langkah mudah untuk menikmati podcast terbitan BH.

1. Muat turun aplikasi Spotify di telefon bijak anda.

2. Tekan #NoTapis di ruang pencarian podcast

3. Follow #NoTapis untuk nikmati kandungan kami.

Anda juga boleh mendengar langsung dari laman ini.

 

LAPORAN SELANJUTNYA: Ridhwan bangkit tunjuk kehebatan, berkobar untuk tarungan seterusnya