Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Denggi: Kes baru bertambah kepada 193 minggu lalu

Jun 21, 2016 | 10:37 AM

JUMLAH kes penyakit denggi baru meningkat minggu lalu selepas mencatat angka mingguan paling rendah tahun ini pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 193 kes dilaporkan, bertambah 34 kes berbanding minggu sebelumnya, mengikut angka terkini laman web mengenai denggi Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA) .

Sebanyak 36 kes lagi dilaporkan dari Ahad (19 Jun) hingga 3 petang Isnin (20 Jun).

Pada keseluruhannya, 8,732 kes telah dilaporkan tahun ini (2016).

Lima orang telah meninggal dunia akibat denggi tahun ini, berbanding empat pada keseluruhan 2014.

Korban paling baru ialah seorang lelaki berusia 79 tahun yang tinggal di Jalan Tenaga, dekat Eunos. Beliau meninggal dunia bulan lepas

Pada Isnin, terdapat 32 kelompok denggi aktif, dengan lima diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi. Sebuah kelompok merangkumi Geylang dan Guillemard Roads mempunyai 97 kes kesemuanya.

NEA sekali lagi menggesa orang ramai supaya meneruskan usaha pencegahan nyamuk, sambil berkata Singapura kini dalam musim puncak denggi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3