Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dera amah: Wanita dipenjara 10 bulan, 2 minggu

Nov 19, 2020 | 05:30 AM



SEORANG wanita, yang berulang kali mendera pembantu rumah Indonesia keluarganya sebelum mangsa melarikan diri dengan menuruni 15 tingkat melalui balkoni, telah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan dua minggu.



Antara Januari dan April 2018, Nuur Audadi Yusoff mendera Cik Sulis Setyowati, 24 tahun, berkali-kali, termasuk menampar muka dan menarik rambutnya.



Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Ronald Gwee berkata bahawa kekasaran fikizal dan mental yang dilakukan Nuur mencerminkan keadaan sebenar yang berlaku.



Hakim Gwee juga mendapati Cik Sulis membahayakan nyawanya dengan melarikan diri daripada seksaan itu.



Hakim menegaskan bahawa hukuman berat adalah perlu untuk memberikan mesej bahawa sikap kejam seperti yang dilakukan Nuur tidak dapat diterima.



Mahkamah juga diberitahu bahawa Nuur memberi Cik Sulis lebih $7,000 sebagai pampasan beberapa hari lalu.



Warga Singapura berusia 31 tahun itu mengaku bersalah pada September lalu terhadap enam tuduhan menggasari pembantu rumah tersebut. Sembilan lagi dakwaan, yang serupa kesalahannya, telah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Semasa kesalahan itu dilakukan, Nuur merupakan pekerja Singtel yang ditugaskan memberi sokongan kepada pusat hubungan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Cik Sulis mula bekerja dengan keluarga Nuur di Yishun pada Disember 2017.



Kira-kira sebulan kemudian pada tengah malam, Nuur terjaga dek tangisan anaknya dan dia mendapati Cik Sulis lupa menyapu minyak ke perut anak itu.



Nuur kemudian menyepak pembantu itu dan meludahnya sebanyak dua kali.



Penderaan tersebut berterusan pada Februari 2018 dengan tindakan seperti mengheret pembantu rumahnya itu dengan rambutnya.



Apabila Cik Sulis meminta dipindahkan ke majikan lain, Nuur berjanji untuk tidak memukulnya lagi.



Tetapi penderaan berterusan pada 21 April tahun itu setelah dia melihat gambar-gambar anaknya di telefon bimbit Cik Sulis dan pembantu rumah itu telah memuat naik gambar anak-anaknya di Facebook.



"Tertuduh kesal melihat gambar-gambar itu. Dia marah dan menampar wajah mangsa dengan telefon dan tangannya beberapa kali sebelum melemparkan telefon ke lantai menyebabkannya retak. Mangsa mengalami pendarahan di mukanya dan ada tanda kemerahan," kata Timbalan Pendakwa Raya Chong Kee En.



Mahkamah mendengar bahawa Nuur merampas telefon bimbit itu dan menyerang pembantu itu hampir setiap hari selama kira-kira seminggu selepas kejadian itu.



Pada 29 April tahun itu, Cik Sulis berjaya mengambil telefon bimbitnya dan menyembunyikannya ketika dia ingin menghubungi agensinya untuk memohon berpindah majikan.



Ketika Nuur menyedari bahawa telefon itu hilang, dia menyoal pembantu itu dan menggunakan sikat untuk mencucuk dahi Cik Sulis dengan kuat, menampar wanita itu dan menarik rambutnya.



Pada malam itu, Nuur mengarahkan Cik Sulis tidur di ruang tamu. Dia mengunci pintu bilik pembantu rumah dan pintu depan flat untuk menghalangnya daripada melarikan diri.



Keesokan harinya Nuur menarik rambut Cik Sulis dan menendang kepalanya beberapa kali sebelum berangkat ke tempat kerja. Ketika Nuur pulang ke rumah pada malam itu, dia memanggil Cik Sulis sebagai "pelacur".



Nuur juga bertanya kepada pembantu rumah itu apakah dia ingin menggoda suaminya kemudian menjadi marah apabila Cik Sulis, yang kebingungan, menjawab "Ya, Bu". Nuur kemudian menggunakan penyapu untuk berulang kali memukul kepala dan belakang badan Cik Sulis.



Cik Sulis kemudian melarikan diri sekitar jam 2 pagi keesokan harinya, melalui balkoni kerana pintu depan terkunci dan turun sepanjang 15 tingkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >