Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dera amah: Wanita dipenjara 4 bulan, 3 minggu

Nov 20, 2017 | 03:53 PM



SEORANG bekas pegawai waran tentera berulang kali mendera pembantu rumahnya pada 2012, malah pernah sekali memukulnya dengan penyangkut baju plastik sehingga ia pecah. Tindakan keras K. Rajakumari, 57 tahun, yang telah bersara itu terdedah apabila dia meminta maaf kepada Cik Sarominam Jeeva, dalam bahasa Tamil lalu memintanya agar merahsiakan perkara tersebut.

Tanpa pengetahuan Rajakumari, pegawai polis yang menangani kes itu boleh berbahasa Tamil dan dia lalu ditangkap.

Rajakumari dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan tiga minggu, hari ini.

Selepas perbicaraan selama 14 hari, Hakim Daerah Imran Abdul Hamid pada 5 September tahun lalu mendapati Rajakumari bersalah kerana menyebabkan kecederaan kepada Cik Jeeva, yang berusia 35 tahun pada masa itu.

Kejadian berlaku di kondominium Canberra Drive, berdekatan Sembawang Road antara Februari dengan Mac 2012 di mana Cik Jeeva yang datang ke Singapura buat pertama kali pada lewat Januari 2012 kerap dimarahi selang dua minggu setelah ketibaannya.

Ia kemudian menjadi penderaan fizikal di mana beliau dipukul dengan penyangkut baju plastik sehingga pecah apabila gagal menyeterika pakaian seragam Rajakumari dengan sempurna.

Cik Jeeva turut disepak kerana gagal memanaskan beriani sehingga ia basi. Rambutnya ditarik dan beliau ditolak ke gril tingkap sehingga mukanya terkena gril. Apabila terjatuh dan beliau cuba bangun, Rajakumari menendangnya di pinggang.

Malam itu, Cik Jeeva memberi isyarat kepada pembantu di rumah jiran untuk membantunya.

Pembantu itu kemudian menghubungi polis.

Polis kemudian mendengar Rajakumari memberitahu Cik Jeeva dalam Bahasa Tamil: "Maafkan saya, saya tidak akan melakukannya lagi, jangan beritahu sesiapa tentang penderaan ini."

Tanpa pengetahuan Rajakumari, pegawai tersebut boleh berbahasa Tamil.

Rajakumari kemudian mengakui kepada pegawai polis bahawa dia telah memukul Cik Jeeva.

Bagi setiap tuduhan mendera pembantu rumah, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $7,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >