Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dera anak hingga mati: Ibu bersalah membunuh, bapa dipenjara seumur hidup

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



MAHKAMAH Rayuan semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang bapa dan mendapati seorang ibu bersalah atas tuduhan membunuh kerana mendera anak lelaki mereka yang berumur lima tahun hingga dia meninggal dunia pada 2016.



Lima hakim Mahkamah Rayuan menerima rayuan yang dikemukakan pihak pendakwa bagi hukuman penjara lebih lama bagi bapa tersebut, Ridzuan Mega Abdul Rahman, dan menolak keputusan mahkamah sebelum ini yang membebaskan ibu budak lelaki itu, Azlin Arujunah, daripada tuduhan membunuh.



Pasangan ibu bapa budak lelaki lima tahun itu pada mulanya menghadapi tuduhan membunuh dengan niat yang sama serta tuduhan lain yang berkaitan dengan penderaan hingga menyebabkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia.



Menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang berakhir pertengahan tahun lalu, Azlin dan Ridzuan dibebaskan daripada tuduhan membunuh dan masing-masing dijatuhi hukuman penjara 27 tahun berdasarkan tuduhan lebih ringan sengaja menyebabkan kecederaan teruk menggunakan senjata atau cara berbahaya.



Azlin turut dikenakan setahun lagi hukuman penjara sebagai ganti hukuman sebat manakala Ridzuan turut dikenakan hukuman 24 kali sebat.



Kes mereka akan didengar lagi di mahkamah untuk menentukan hukuman bagi Azlin dan sama ada Ridzuan akan tetap disebat 24 kali.



Keputusan Mahkamah Rayuan itu menyusuli rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa.



Sepanjang tempoh tiga bulan, pasangan itu mengurung anak mereka dalam kandang kucing mereka, mencubitnya dengan playar, membakar tapak tangannya dengan sudu panas serta menumbuk mukanya.



Selama seminggu pada Oktober 2016, mereka menyimbah air panas pada tubuh anak mereka empat kali.



Kanak-kanak itu meninggal dunia akibat sekitar 75 peratus tubuhnya melecur pada 23 Oktober selepas disimbah air panas buat kali keempat.



Dia mengalami kelecuran darjah kedua hingga ketiga, pendarahan di bawah kulit kepala, luka pada kepala dan wajahnya, keretakan pada tulang hidungnya serta lebam pada bahagian belakang dan anggota badannya.



Malah, kulitnya juga berubah warna hingga menjadi kuning dan basah, dengan sebahagian kulit terkupas.



Nama kanak-kanak itu tidak boleh didedahkan untuk melindungi identiti adik-beradiknya.



Azlin dan Ridzuan sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan membunuh selepas hakim Mahkamah Tinggi, Cik Valerie Thean, mendapati bahawa elemen niat yang sama tidak dapat dibuktikan secukupnya kerana tidak semua kejadian itu melibatkan kedua-dua ibu bapa.



Beliau juga enggan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menurutnya, adalah tidak wajar kerana bukti perubatan tidak dapat menentukan kecederaan mana disebabkan kejadian apa.



Semalam, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa kesalahan Ridzuan merupakan antara yang terburuk sejenisnya yang memerlukan dia dijatuhkan hukuman maksimum.



Mereka menarik perhatian bahawa Ridzuan mendera anaknya dengan cara yang begitu kejam dan tiada faktor yang dapat meringankan hukuman.



Ridzuan diwakili peguam, Encik Eugene Thuraisingam dan Encik Chooi Jing Yen manakala Azlin diwakili peguam, Encik Amarick Gill dan Cik Cheryl Ng,



Rayuan yang dikemukakan terhadap hukuman mereka diputuskan Ketua Hakim, Encik Sundaresh Menon serta hakim, Encik Andrew Phang, Cik Judith Prakash, Encik Tay Yong Kwang dan Encik Steven Chong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >