Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Dera hingga sebabkan kematian pembantu Myanmar: Wanita dipenjara 30 tahun

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



SURI rumah berusia 41 tahun yang membiarkan pembantu rumahnya dari Myanmar kebuluran, menyeksanya dan akhirnya membunuh wanita itu dihukum penjara selama 30 tahun semalam.



Semasa menjatuhkan hukuman ke atas Gaiyathiri Murugayan, Hakim Mahkamah Tinggi See Kee Oon berkata:



"Kata-kata tidak dapat menggambarkan kekejaman keji daripada kelakuan mengerikan si tertuduh."



Beliau menyifatkan kes itu sebagai antara jenis homisid salah yang paling teruk.



Hakim berkata sementara hukumannya patut menunjukkan kebencian dan kemarahan masyarakat, keadaan psikiatri Gaiyathiri yang menjejas pertimbangannya tidak wajar diketepikan, lapor The Straits Times.



Beliau berkata Gaiyathiri mempunyai empat pembantu rumah sebelum ini yang tidak membuat sebarang laporan terhadapnya dan tidak kelihatan seperti seorang yang ganas disebabkan penyakit mental.



Gaiyathiri mengaku bersalah Februari lalu atas 28 tuduhan. Tuduhan paling serius merupakan homisid salah, di mana pendakwa meminta hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup.



Tuduhan lain kebanyakannya kesalahan berkaitan kecederaan melibatkan penderaan fizikal yang telah dilakukan ke atas Piang Ngaih Don, 24 tahun, yang hanya seberat 24 kilogram apabila meninggal dunia pada 26 Julai 2016 selepas didera buat kali terakhir.



Lagi 87 tuduhan diambil kira.



Dalam perdebatan hukuman semalam, peguam bela Joseph Chen, meminta hukuman penjara lapan hingga sembilan tahun.



Encik Chen menyifatkan kliennya sebagai seseorang yang mengalami gangguan mental.



Dia baru sahaja melahirkan dan menghadapi cabaran menangani penyakit anak-anaknya, yang dia percaya disebabkan tahap kebersihan rendah pembantu itu.



Gaiyathiri, yang kedua-dua anaknya kini berusia sembilan dan enam tahun, didapati mengalami gangguan kemurungan major apabila hamil anak keduanya.



Dia juga mengalami kecelaruan personaliti obsesif kompulsif.



Encik Chen meminta mahkamah untuk lebih mempertimbangkan pemulihan supaya terdapat "kesan penyembuhan" bagi kliennya serta ibu lain yang mengalami kemurungan setelah melahirkan.



Namun, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir membidas:



"Gangguan mental bukan pas percuma."



Beliau berkata ekoran keadaan Gaiyathiri maka dakwaan ke atasnya dikurangkan daripada membunuh.



"Ini adalah kes mengejutkan yang tiada tandingan," katanya.



Beliau juga tidak bersetuju apabila Gaiyathiri cuba menyalahkan kebersihan Cik Piang, memandangkan banyak kesalahannya tidak ada kena-mengena dengan kebersihan.



"Keganasan itu disebabkan tertuduh melihat mangsa sebagai manusia yang lebih rendah," kata pendakwa.



Beliau meminta sekurang-kurangnya penjara selama 27 tahun, sekiranya hukuman penjara seumur hidup tidak dikenakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >