Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dermasiswa $250,000 bagi pelajar wanita ikuti kursus Stem

Ditubuhkan oleh organisasi akar umbi East Coast, dijangka bantu 100 pelajar bermula Mei ini
Mar 15, 2021 | 05:30 AM



DERMASISWA bernilai $250,000 telah disediakan bagi pelajar wanita yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem) di GRC East Coast.



Dermasiswa itu dijangka membantu sekurang-kurangnya 100 pelajar bermula Mei ini.



Ditubuhkan oleh organisasi akar umbi East Coast, ia ditujukan terutama kepada mereka yang datang daripada latar belakang sederhana yang belajar di Institut Pendidikan Teknikal, politeknik dan universiti.



Hadir bagi pelancaran dermasiswa itu ialah Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Encik Heng berkata dermasiswa WinSTEM itu diharap dapat membantu lebih ramai wanita di East Coast untuk mengejar cita-cita mereka dalam industri Stem, lapor The Straits Times.



"Selama beberapa dekad, sains dan teknologi telah mendorong ekonomi kita dan meningkatkan kehidupan kita.



"Untuk membina teras sains dan teknologi yang kuat, penting untuk mempunyai pendidikan Stem.



"Sedang dunia menjadi lebih digital, didorong oleh inovasi dan teknologi, kita harus melakukan lebih banyak untuk memupuk minat terhadap Stem dari usia muda.



"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih banyak wanita mengikuti kursus di Stem," ujar beliau.



Dana itu dikumpulkan oleh penasihat akar umbi East Coast termasuk Encik Heng; Menteri Kedua Pendidikan, Dr Maliki Osman; Menteri Negara Pembangunan Negara, Encik Tan Kiat How; Timbalan Speaker Parlimen, Cik Jessica Tan; dan Anggota Parlimen, Cik Cheryl Chan.



Dr Maliki berkata adalah penting membantu wanita yang dalam perjalanan mencapai cita-cita mereka.



"Kami harap dermasiswa ini bukan sahaja menyokong pelajar wanita yang sedang mengikuti kursus Stem, malah memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita mempertimbangkan Stem sebagai kursus pembelajaran serta kerjaya," katanya.



Bulan lalu, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata peratusan wanita yang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang Stem telah meningkat.



Mereka merangkumi 41 peratus kohort pada 2019, meningkat daripada 28 peratus pada 2017.



Pun begitu, hanya 30 peratus penyelidik dan jurutera setempat adalah wanita, menurut Tinjauan Tenaga Kerja Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan pada 2018.



Pemohonan bagi dermasiswa itu boleh dilakukan di www.go.gov.sg/ecwinstem.




"Selama beberapa dekad, sains dan teknologi telah mendorong ekonomi kita dan meningkatkan kehidupan kita.

Untuk membina teras sains dan teknologi yang kuat, penting untuk mempunyai pendidikan Stem.

Sedang dunia menjadi lebih digital, didorong oleh inovasi dan teknologi, kita harus melakukan lebih banyak untuk memupuk minat terhadap Stem dari usia muda.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih banyak wanita mengikuti kursus di Stem.''

- Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >