Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dermasiswa $250,000 dibangun buat pelajar perempuan jurusan Stem di GRC East Coast

Mar 14, 2021 | 06:30 PM



DERMASISWA bernilai $250,000 telah dibangunkan buat pelajar perempuan yang mempelajari kursus berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem) di GRC East Coast dengan ia dijangka membantu sekurang-kurangnya 100 pelajar secara kewangan mulai Mei.



Inisiatif pertubuhan akar umbi East Coast ini disasarkan buat pelajar daripada latar belakang sederhana yang meneruskan pengajian ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Swee Keat, berada di acara pelancaran dana dermasiswa ini pada Ahad (14 Mac) yang juga merupakan Hari Pi Antarabangsa. Hari ini diraikan secara tahunan bagi mengingati pemalar matematik, π (3.14).



Encik Heng berkata dermasiswa WinSTEM (Women in Stem/Wanita dalam Stem) itu membolehkan lebih ramai gadis di East Coast memburu impian mereka dalam industri Stem.



"Selama beberapa dekad lamanya, sains dan teknologi memberi kuasa pada ekonomi dan memperbaiki kehidupan kita. Penting dalam membangun  teras kukuh dalam sains dan teknologi adalah pendidikan Stem.



"Sedang dunia ini kian digital, dipacu inovasi dan teknologi, kita mesti usahakan lebih lagi dalam membangun minat dalam Stem pada usia muda. Sejak akhir-akhir ini, lebih ramai wanita mula mengambil kursus dalam Stem," katanya.



Sejajar dengan pelancaran dermasiswa itu, acara pada Ahad juga meraikan Hari Antarabangsa Wanita yang disambut pada 8 Mac. Tahun 2021 pula diiktiraf Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sebagai tahun merai wanita Singapura.



Dana WinSTEM ini dikumpulkan penasihat akar umbi East Coast termasuk Encik Heng, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri), Encik Tan Kiat How, Timbalan Speaker Parlimen, Cik Jessica Tan dan Anggota Parlimen GRC East Coast, Cik Cheryl Chan.



Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar juga menekankan kepentingan membantu wanita dalam perjalanan mereka mencapai impian.



"Kami berharap dermasiswa ini tidak hanya akan menyokong pelajar perempuan yang kini mengambil kursus Stem tetapi mencetus inspirasi buat ramai kanak-kanak perempuan memikirkan kemungkinan menjadikan Stem bidang pengajian dan kerjaya," katanya.



Pada Februari, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata peratusan wanita yang memburu ijazah universiti dalam Stem meningkat, dengan membentuk sekitar 41 peratus daripada kohort pada 2019. Ia merupakan satu peningkatan dari kadar 28 peratus pada 2017.



Walaupun demikian, hanya 30 peratus pengkaji dan jurutera setempat adalah wanita, berdasarkan Tinjauan Tenaga Manusia Agensi Sains, Teknologi dan Kajian pada 2018.



Dalam satu wawancara awal bersama The Straits Times, Dr Rebecca Tan, yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah dalam imunologi dan  juga ketua editor Asian Scientist menyifatkan keadaan ini berpunca daripada wanita yang mengambil ijazah Stem tetapi tidak menyertai tenaga kerja dalam bidang berkaitan. 



Wanita ini tidak berbuat demikian kerana tuntutan memenuhi keperluan keluarga di samping sekitaran keluarga dan kerja yang tidak mengizinkan, peminggiran dan jurang pembiayaan dana, tambah Dr Tan.



Permohonan bagi dermasiswa ini boleh dibuat menerusi laman www.go.gov.sg/ecwinstem




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >