Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dermasiswa HomeTeamNS ringankan kos persekolahan

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI satu-satunya pencari nafkah keluarga, Encik Adnan Simin terasa tanggungjawabnya yang berat membiaya keperluan sekolah anak lelakinya serta kos perubatan isterinya yang merupakan seorang pesakit ginjal dan kencing manis yang memerlukan rawatan dialisis.



Terpaksa berhenti pekerjaan sepenuh masanya sebagai kontraktor binaan tiga tahun lalu untuk menjaga isterinya, beliau kini bekerja sebagai penghantar makanan sambilan Grab.



Walaupun beliau bekerja 10 jam setiap hari, Encik Adnan berkata kadang kala pendapatannya tidak mencukupi untuk menyara kehidupan keluarga.



Namun, Encik Adnan, 54 tahun, bersyukur anak lelakinya, Muhamad Danial Adnan, menerima Anugerah HomeTeamNS Pendidikan Kanak-kanak (CEA) baru-baru ini.



Dermasiswa CEA yang diperkenalkan pada 2004 itu bertujuan menyokong pendidikan anggota HomeTeamNS.



Danial, 10 tahun, antara 78 penerima daripada sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi yang menerima dermasiswa itu tahun lalu.



Beliau, yang menerima dermasiswa itu untuk kali kedua, mendapat wang tunai $300 dan $200 baucar Popular.



"Saya tidak sangka anak saya akan dapat dermasiswa ini untuk kali kedua.



"Saya seorang yang bekerja. Isteri saya tidak boleh bekerja kerana beliau tidak sihat.



"Jadi, dermasiswa ini banyak membantu saya dalam menguruskan perbelanjaan persekolahan Danial.



"Baucar dan wang tunai yang diberi ini datang pada masa yang tepat. Apabila saya membawa Danial ke Popular, beliau ghairah memilih beg baru untuk tahun baru sekolah," kata Encik Adnan, yang sebelum ini telah menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Sejak usia lima tahun, Danial membahagikan masanya untuk belajar dan menjaga ibunya yang kurang sihat.



Ketika dikunjungi Berita Harian di rumahnya di Woodlands, Danial berkata sebelum ibunya diletakkan di pusat penjagaan Swami Home, beliau telah membawa ibunya ke pusat dialisis tiga minggu sekali dengan menaiki teksi.



"Bapa saya masih bekerja sepenuh masa ketika itu dan saya pula terpaksa mengambil tanggungjawab membawa ibu saya ke pusat dialisis.



"Pada masa itu ibu saya masih belum melakukan pembedahan katarak untuk matanya jadi beliau tidak boleh nampak. Oleh itu, saya menjadi 'mata' untuk ibu saya sepanjang jalan.



"Walaupun saya masih kecil semasa itu, saya tidak rasa takut. Bapa saya sudah ajar untuk ambil teksi biru atau kuning saja. Jadi saya lakukan itu saja," ujar pelajar darjah empat Sekolah Rendah Marsiling itu.



Walaupun beliau hanya berusia 10 tahun, Danial mempunyai kematangan melampaui usianya.



Ibunya Cik Fiterawati Yahaya, 48 tahun, berkata: "Saya bangga beliau merupakan anak saya. Beliau tidak bergantung kepada sesiapa pun.



"Sebaliknya, saya yang bergantung padanya untuk membantu saya setiap hari. Jika Danial tidak tolong saya, saya tidak tahu siapa yang akan dapat membantu saya."



Dalam masa akan datang, Danial berkata beliau berharap dapat menjadi doktor untuk merawat pesakit kencing manis.



"Saya melihat ibu saya, saya tahu apa yang beliau alami. Oleh itu, saya berharap saya dapat membantu mereka yang mengalami penyakit yang sama supaya mereka tidak menderita," kata Danial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >