Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desain botol teh pelajar NYP jadi pilihan syarikat sinseh

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



BELIAU sendiri tidak pernah minum teh herba dan tidak begitu faham tentang Perubatan Tradisional Cina (TCM).



Namun, ini tidak menghalang Cik Nur Dini Fikriyah Amir menyahut cabaran menyumbang idea bagi reka bentuk botol teh herba 'generasi baru' yang mampu menarik minat golongan muda.



Reka bentuk botolnya itu terpilih daripada 30 sumbangan idea dari rakan sekelasnya yang lain dari kursus Komunikasi Visual di Sekolah Media & Desain Politeknik Nanyang (NYP).



Ia kini digunakan Heng Foh Tong Medical Hall- perniagaan TCM yang telah ditubuhkan 64 tahun lalu- sebagai sebahagian daripada usahanya menyuntik kesegaran terhadap produk teh herba dan menarik minat golongan muda.



Sebelum tercetusnya idea bagi reka bentuk tersebut, Cik Nur Dini telah mendalami pelbagai aspek TCM dan mengambil masa sekitar 10 minggu untuk menghasilkan reka bentuk tersebut yang menggabungkan aspek minimalistik dan kaligrafi Cina.



"Tugas ini agak mencabar bagi saya kerana kurangnya pengetahuan tentang TCM dan konsep teh herba. Saya rasa saya juga tidak pernah minum teh herba.



"Untuk itu, saya lakukan banyak kajian untuk mendalami teh herba Cina tradisional serta manfaat kesihatannya," kata Cik Nur Dini, yang kini sudah tamat pengajiannya dalam kursus Komunikasi Visual dan kini menjalani program bekerja sambil belajar NYP.



Menurutnya golongan belia inginkan reka bentuk botol yang kelihatan lebih 'moden' dan tidak mudah bocor.



"Saya memutuskan menghasilkan sesuatu yang lebih cenderung kepada konsep minimalistik dan moden dengan tujuan memberikannya 'feel' yang lebih tenang, jika dibandingkan dengan botol biasa dengan tutup yang berwarna merah yang selalunya dikaitkan dengan teh herba," ujarnya.



Projeknya itu merupakan sebahagian daripada usaha bersama pelajar NYP dari Sekolah Pengurusan Perniagaan, Sekolah Sains Gunaan dan Sekolah Media & Desain untuk membantu perniagaan itu memperbaharui pendekatannya bagi menarik lebih ramai pelanggan muda.



Pelajar dari Sekolah Pengurusan Perniagaan telah membuat tinjauan bagi mengkaji amalan dan kecenderungan golongan belia dalam membeli produk teh herba dan mendapati mereka terbuka untuk mencuba produk tersebut namun lebih suka kepada pilihan yang rendah gula.



Berdasarkan hasil tinjauan itu, pelajar dari Sekolah Sains Gunaan telah menghasilkan teh herba perisa Honey Peach Gun dan Honey Snow Bird's Nest, yang kemudian diletakkan dalam botol rekaan Cik Nur Dini.



Menurut Naib Presiden Heng Teng Foh Medical Hall, Encik Lee Chin Siong, semangat inovatif pelajar NYP dalam mencabar amalan yang biasa dilakukan dalam industri teh herba amat dialu-alukan.



"Respons positif yang diterima amat menggalakkan. Dalam perniagaan ini, kami meletakkan matlamat untuk menghasilkan teh herba seperti mana seorang nenek akan membuatkan teh untuk cucu-cucunya- dengan hanya menggunakan bahan terbaik.



"Untuk itu, melihat produk kami dihargai mencetuskan rasa bangga dalam diri kami," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >