Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desain dan pengurusan 27 taman, pembangunan S'pura diiktiraf

Pencapaian diiktiraf di bawah skim pensijilan oleh Lembaga Taman Negara (NParks)
May 06, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH 27 taman dan pembangunan di Singapura telah diiktiraf sebagai mempunyai desain landskap dan pengurusan baik di bawah skim pensijilan oleh Lembaga Taman Negara (NParks).



Skim Rangka Kerja Penilaian Kecemerlangan Landskap 2020 itu memberi penekanan lebih kepada ekologi, penerapan tanaman dalam desain dan pengurusan taman yang selaras dengan wawasan City in Nature, atau Bandar di Alam Semula Jadi, kata NParks dalam kenyataannya semalam.



Penerima anugerah kali ini termasuk Kolej Yale-NUS, tiga taman yang dikendalikan Wildlife Reserves Singapore (WRS) dan Taman Tasik Jurong.



Skim tahunan yang dimulakan pada 2013 itu bertujuan mengiktiraf pembangunan baru dan yang sedia ada, dan pada tahun lalu, diperluas supaya merangkumi taman.



Serupa dengan pembangunan lain, 12 taman yang diiktiraf telah dinilai mengikut beberapa faktor seperti desain dan landskap, kemudahan bagi masyarakat, kesejahteraan dan penglibatan masyarakat, kemampanan, usaha pemeliharaan dan biodiversiti serta strategi penyenggaraan.



Anugerah Platinum adalah yang tertinggi di bawah skim ini.



Di bawah katerogi pembangunan, Kolej Yale-NUS diiktiraf semula sebagai penerima Emas dan diberi sebutan khas kerana menggalak kesejahteraan dan penglibatan masyarakat.



Sebagai contoh, kolej itu telah bekerjasama dengan pelajar untuk mengubah kawasan cucuk tanam hiasan di bumbung menjadi taman masyarakat, selain membangun habitat bagi sesibur di sebuah kolam di kampus.



Pengarah prasarana dan keselamatan di Koleh Yale-NUS, Encik Dennis Aw, berkata kolej itu telah menetapkan matlamat menghasilkan 10 peratus sayur-sayuran yang digunakan sehari dalam tempoh tiga tahun.



"Hasil tanaman akan dijual kepada pengendali makanan dan sisa makanan akan diubah menjadi baja.



"Matlamat jangka panjang kami adalah menambah penghasilan menerusi pertanian menggunakan teknologi tinggi. Ini supaya memastikan kami boleh berdaya tahan bagi sebahagian keperluan, yang juga selaras dengan keperluan keselamatan Singapura yang sedang meningkat," ujarnya.



Taman Haiwan Singapura, Night Safari dan River Safari pula diiktiraf sebagai taman Platinum dalam kategori taman yang baru.



NParks berkata ruang kehidupan bagi haiwan yang dijaga WRS menyediakan pelbagai habitat dan keterhubungan bagi haiwan liar.



WRS juga telah membangun aplikasi (app) untuk menjejak sisa tanaman yang dihasilkan di ketiga-tiga taman itu. Sisa ini dikitar semula atau digunakan sebagai alas tempat tidur haiwan dan bahan lain.



Taman lain yang diiktiraf sebagai taman Platinum ialah Taman Task Jurong, Taman Bishan-Ang Mo Kio dan The Learning Forest by NParks.



Eden, sebuah pembangunan perumahan dan Bandar Universiti NUS pula diiktiraf sebagai pembangunan Emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >