Desmond, Amrin hadiri sesi Dialog Asatizah BH, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Desmond, Amrin hadiri sesi Dialog Asatizah BH

Jun 17, 2020 | 05:30 AM

ASATIZAH merupakan 'jambatan' yang menghubungkan masyarakat dengan sumber masyarakat yang dapat membantu masalah yang dihadapi.

Demikian antara topik yang diketengahkan dalam sesi Dialog Asatizah Berita Harian (BH) yang diadakan di ruang maya semalam.

Sesi dialog bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee dan Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri) Encik Amrin Amin itu dihadiri sembilan asatizah tempatan.

Kumpulan asatizah terdiri daripada Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Falah, Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan, Penyelaras Quraan di Masjid Al-Mukminin Ustaz Abdul Syakur Halid, pensyarah kanan Pusat Pendidikan Jamiyah Ustazah Sitti Uzaizah Zahidah Yusoff, Felo Penyelidik di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Ustaz Dr Mohamed Feisal Mohamed Hassan.

Turut serta adalah kakitangan Pusat Pendidikan Jamiyah Ustaz Muhammad Syafiq Norman, Penganalisis Penyelidikan RSIS, Ustazah Amalina Abdul Nasir, Mudirah Madrasah Masjid En-Naeem Ustazah Sulastri Mohamed Amin, Ketua Jabatan, Madrasah aLive Ustazah Jamilah Amran, dan Ketua Pendidikan Masjid Yusof Ishak, Ustazah Azeemah Mustafa.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Selain itu, Pengarah Kanan Kesejahteraan Sosial di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Cik Ang Bee Lian juga turut serta.

Dialog tersebut bertujuan mewujudkan wadah bagi pemimpin, asatizah dan juga BH bertukar pandangan, memberi maklum balas, berkongsi keprihatinan dan mengeratkan kerjasama.

Di sesi berkenaan, asatizah menimbulkan pelbagai isu yang dekat di hati masyarakat.

Antaranya termasuk bagaimana asatizah dapat menjadi pengantara antara golongan yang memerlukan dan juga sumber masyarakat serta badan-badan dari mana mereka dapat meraih manfaat.

Selain itu, asatizah turut menyentuh tentang perlunya menjalani kursus psikologi dan kerja sosial untuk meningkatkan keupayaan membantu anggota masyarakat yang berkongsi masalah mereka.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map