Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:16
Isyak
8:25

Desmond Lee gesa agensi masyarakat, perniagaan, terus kerjasama dengan pemerintah, perkukuh sokongan bagi remaja berisiko

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Desmond Lee gesa agensi masyarakat, perniagaan, terus kerjasama dengan pemerintah, perkukuh sokongan bagi remaja berisiko

Feb 22, 2019 | 09:54 PM

MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, menggesa lebih banyak perniagaan dan agensi masyarakat bekerjasama dengan pemerintah demi memperkukuh rangkaian sokongan  untuk  membantu belia berisiko berubah sikap. 

Berucap di majlis penyampaian anugerah di Rumah Budak-Budak Perempuan Singapura pada Jumaat (22 Feb), Encik Lee menekankan peri penting kerjasama tiga pihak antara perniagaan, agensi masyarakat dengan  pemerintah, dalam membina negara yang inklusif dan bertimbang rasa.

“Sama-sama, kita boleh mewujudkan rangkaian kuat yang memberi belia kami kekuatan dan tekad bagi menjauhi bahaya dan jenayah, serta membentuk masa depan yang lebih baik dan cerah buat diri mereka,” kata Encik Lee di majlis itu.

Acara tersebut dihadiri 48 penerima anugerah serta penghuni dan bekas penghuni Rumah Budak-Budak Perempuan Singapura sendiri yang diiringi keluarga mereka.

Bertemakan “We Believe, Therefore We Can” atau "Kami berupaya kerana kami yakin',  pencapaian remaja itu  diiktiraf dalam bidang akademik, pekerjaan, seni, sukan mahupun pembangunan watak.

Nur Syawalliah Rahmat, 17 tahun,  antara remaja yang diiktiraf bagi pencapaian akademik. Beliau meraih empat gred kecemerlangan bagi peperiksaan GCE Peringkat ‘N’.

Anak muda yang menerima Anugerah Sarjana Muda (Young Scholar Award) itu berkata: “Saya berharap pencapaian saya memberi inspirasi kepada penghuni lain, kerana saya percaya kalau saya boleh, yang lain tentu boleh juga."

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3