Desmond Lee: S'pura belum terima usulan M'sia tentang jambatan ketiga ke Pulau Ubin, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Desmond Lee: S'pura belum terima usulan M'sia tentang jambatan ketiga ke Pulau Ubin

Sep 01, 2018 | 02:30 PM

 

Singapura belum lagi menerima usulan Malaysia tentang jambatan ketiga melalui Pulau Ubin, kata Menteri bagi Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Desmond Lee, pada Jumaat (31 Ogos).

Beliau berkata demikian sehari selepas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ada ‘sedikit’ rancangan untuk membina jambatan atau link ketiga dengan Singapura.

Akhbar The Star dari Malaysia juga menukil Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian sebagai berkata bahawa negeri itu sedang berbincang dengan sebuah syarikat tentang projek jambatan ketiga, yang boleh dibina dalam tempoh tiga empat tahun ini.

Datuk Osman berkata jambatan  itu - yang bermula dari Pengerang, yang berhampiran Kota Tinggi, di Johor akan berakhir di Pulau Ubin di Singapura - dan boleh mengurangkan kesesakan jalan raya di kededua jambatan yang kini wujud antara Singapura dengan Malaysia.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menulis di Facebook lewat Jumaat, Encik Lee berkata beliau sedang mengadakan mesyuarat dengan sekumpulan relawan dari Friends of Ubin Network, apabila beliau diminta mengulas tentang laporan berita berkenaan jambatan ketiga.

“Saya menerangkan bahawa kami belum menerima usulan Malaysia dan tidak mempunyai sebarang keterangan berkenaan perkara itu. Jika kami menerima usulan itu, agensi yang relevan akan mengkajinya dengan teliti,” kata Encik Lee, yang juga Menteri Kedua bagi Pembangunan Negara.

“Usaha bagi Projek Ubin, yang bertujuan memelihara suasana kekampungan di sana dan memelihara biodiversiti dan warisannya akan diteruskan,” kata Encik Lee.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map