Desmond Lee: Tugas penting karyawan sosial tangani penderaan kanak-kanak, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Desmond Lee: Tugas penting karyawan sosial tangani penderaan kanak-kanak

Oct 21, 2018 | 05:57 PM

CIK Adibah Abdul Kadir masih ingat lagi tekanan besar yang dihadapinya beberapa tahun lalu semasa menjaga anak-anaknya yang kecil serta suaminya yang perlu menjalani dialisis.

Beliau, yang rasa keseorangan sedang keluarganya berada di Malaysia, mula memukul anaknya apabila beliau marah.

Suri rumah yang kini berusia 39 tahun waktu itu tidak menyedari betapa serius kesan perbuatannya itu sehingga beliau memerhatikan anaknya menjadi takut, lebih suka berdiam diri dan tidak berkeyakinan diri.

Keluarga Cik Adibah merupakan antara keluarga yang dibantu Pusat Pakar Perlindungan Kanak-Kanak Big Love – satu daripada tiga pusat berdasarkan masyarakat sedemikian yang ditubuhkan di Singapura.

Awal bulan ini, pusat oleh Montfort Care itu melaporkan kenaikan kes penderaan kanak-kanak yang meningkat dari 177 antara April 2015 dan Mac 2016, kepada 252 dalam tempoh sama tahun lalu dan 367 pada tempoh sama tahun ini.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Sempena ulang tahun Big Love yang kelima, pusat itu menganjurkan satu karnival di Our Tampines Hub hari ini untuk memupuk kesedaran tentang penderaan kanak-kanak.

Berucap di acara itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata kebanyakan kanak-kanak di Singapura membesar dalam keluarga penyayang yang memupuk dan melindungi mereka.

“Tetapi ada segelintir kanak-kanak tidak begitu bernasib baik, dan menderita dalam bahaya dan penderaan.

“Bagi kanak-kanak ini, apa yang diperlukan ialah keseluruhan masyarakat dan rangkaian meluas agensi pemerintah, pihak kepentingan dan rakan untuk menjaga dan melindungi mereka,” ujar Encik Lee.

Pusat seperti Big Love merupakan sebahagian penting daripada rangkaian itu, kata Encik Lee.

Beliau turut memberi penghargaan kepada pekerja dan karyawan sosial yang berada di baris depan dalam usaha melindungi kanak-kanak.
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map