Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond Tan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung NTUC

Jun 30, 2022 | 10:54 PM



MENTERI Negara di Pejabat Perdana Menteri, Encik Desmond Tan, dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Khamis (30 Jun).



NTUC berkata jawatankuasa pusatnya telah melantik Encik Tan bagi jawatan ini pada Khamis.



Beliau menggantikan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan), Encik Chee Hong Tat, yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung NTUC sebelum kembali ke perkhidmatan pemerintah sepenuh masa.



Encik Tan dipinjamkan ke NTUC oleh pemerintah pada 13 Jun sebagai sebahagian perubahan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Pengumuman itu juga menyaksikan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengambil-alih peranan baru sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Pelantikan baru Encik Tan, yang termasuk dirinya memasuki gerakan buruh, juga bererti bahawa beliau telah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran).



NTUC berkata Encik Tan dilantik sebagai pengarah kumpulan Kumpulan Latihan dan Transformasi NTUC dan ditugaskan menjaga Pejabat Transformasi dan ekosistem Latihan dan Penempatan NTUC.



Ekosistem ini terdiri daripada Divisyen Latihan dan Transformasi Industri, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja, NTUC LearningHub dan Institut Kepimpinan Buruh Ong Teng Cheong.



NTUC menambah bahawa Kesatuan Pekerja Perusahaan dan Perkhidmatan Singapura turut melantik Encik Tan sebagai penasihatnya mulai 28 Jun.



Ia juga melantik Encik Tan sebagai setiausaha eksekutif kesatuan itu, mulai 6 Julai.



Jawatan ini adalah selain peranan Encik Tan sebagai penasihat Kesatuan Pekerja Rantaian Bekalan sejak 5 Februari 2021.



Kata Encik Tan: "Saya berterima kasih di atas sokongan daripada Jawatankuasa Pusat NTUC serta rakan-rakan di dalam gerakan buruh ini.



"Saya menanti masa bertemu dan belajar daripada pemimpin kesatuan dan mengenali lebih tentang keprihatinan dan aspirasi pekerja.



"Saya benar-benar berbesar hati dan akan usahakan terbaik sedang kita memperjuangkan bagi pendapatan, kebajikan dan prospek kerja lebih baik bagi semua pekerja kita."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >