Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Desmond Tan: Maklumat palsu ditangani pantas elak permusuhan, niat jahat

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mengambil tindakan pantas untuk membasmi pelbagai maklumat palsu kerana ia boleh mencetuskan permusuhan antara pelbagai kumpulan di sini, selain mampu menghakis kepercayaan terhadap institusi awam, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan (gambar kanan).



Sejak Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) digubal pada 2019, pemerintah telah menggunakannya untuk menangani pelbagai kepalsuan, seperti tuduhan pemerintah berat sebelah terhadap warga asing berbanding warga setempat atau salah mengurus dana awam, atau dakwaan polis menyalahgunakan kuasa mereka, kata beliau.



Baru-baru ini, pemerintah juga telah mengeluarkan banyak arahan pembetulan terhadap maklumat palsu berkaitan Covid-19.



"Pemerintah mempunyai peranan yang penting. Di Singapura, kami telah memantau landskap dalam talian dengan teliti, ambil pelajaran dari negara lain dan bertindak pantas untuk melaksana langkah bagi melindungi daripada bahaya kepalsuan.



"Namun, barisan pertama pertahanan adalah sentiasa rakyat. Inilah sebab kita meningkatkan usaha untuk memperkasakan individu agar menjadi pengguna yang pandai menilai.



"Ini termasuk memupuk masyarakat yang lebih termaklum melalui pendidikan awam dan memperkukuh kemahiran celik media bermula dari sekolah," kata Encik Tan.



Beliau berkata demikian semasa berucap di forum Olive Tree mengenai maklumat palsu yang dianjurkan pertubuhan bukan pemerintah (NGO), Humanity Matters, di Hotel Furama Riverfront di Havelock Road, semalam.



Ini merupakan kali kedua Humanity Matters mengendalikan forum tersebut.



Dalam forum kali ini, pengasas The Soufan Centre (TSC), Encik Ali Soufan, turut menyampaikan ceramah mengenai topik tersebut.



Forum itu juga menampilkan Ketua Pusat Kecemerlangan bagi Keselamatan Nasional (CENS), Dr Shashi Jayakumar, dan mantan diplomat, Encik Bilahari Kausikan, dalam satu panel untuk membincangkan ancaman, cabaran dan kesan kepalsuan terhadap rakyat Singapura termasuk peranan dan tanggungjawab mereka berkaitan keselamatan negara dan keyakinan sosial, perpaduan dan daya tahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >