Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ROMBAKAN KABINET

Desmond Tan sertai NTUC ganti Hong Tat mulai 13 Jun

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan, bakal menyertai gerakan pekerja dan akan melepaskan jawatan politiknya.



Beliau akan menggantikan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, yang kini juga merupakan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Perubahan tersebut berkuatkuasa 13 Jun ini.



Encik Tan juga akan dilantik sebagai Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri, umum Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.



Encik Chee pula akan kembali berkhidmat sepenuh masa dalam pemerintah dan dilantik sebagai Menteri Negara Kanan di Kementerian Kewangan serta terus berkhidmat di Kementerian Pengangkutan.



Encik Lee berkata beliau telah membuat keputusan mencalonkan Encik Tan untuk mengambil alih tempat Encik Chee di NTUC selepas berbincang dengan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Dalam surat beliau kepada Presiden NTUC, Cik Mary Liew, Khamis lalu, Encik Lee telah meminta agar Encik Chee dilepaskan semula untuk berkhidmat dalam pemerintah.



Beliau juga telah meminta Jawatankuasa Pusat NTUC mempertimbangkan untuk menerima Encik Tan ke dalam gerakan pekerja.



Dalam suratnya itu, Encik Lee berkata: "Saudara Desmond membawa bersamanya pengalaman perkhidmatan awam selama bertahun-tahun di seluruh Kementerian, Persatuan Rakyat dan Angkatan Bersenjata Singapura.



"Saya yakin beliau akan menyumbang secara signifikan kepada usaha NTUC untuk membantu menyediakan perniagaan dan pekerja kami apabila kami keluar daripada pandemik ini."



Dalam kenyataannya semalam, NTUC berkata Jawatankuasa Pusatnya telah bertemu Jumaat lalu dan menerima permintaan Perdana Menteri itu.



Ia menambah Encik Chee telahpun mengemukakan peletakan jawatannya kepada Cik Mary yang telah diterima, dan beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Setiausaha NTUC pada 13 Jun.



Jawatankuasa Pusat NTUC telah memberi pujian kepada Encik Chee atas "usaha terpuji beliau dalam menaikkan semangat pekerja" menerusi jawatannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Latihan NTUC, di mana beliau menyelia kerja latihan dan transformasi NTUC seperti Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) dan Majlis Keselamatan Pekerjaan (JSC).



"Beliau juga bertanggungjawab ke atas inisiatif seperti melakarkan Pelan Hala Tuju Operasi dan Teknologi untuk membantu syarikat mengubah tempat kerja mereka," kata NTUC.



NTUC turut menambah bahawa Encik Chee telah memberikan sokongan kuat kepada Kesatuan Pegawai Maritim Singapura (SMOU) dan Pertubuhan Pelaut Singapura (SOS) bagi menjalankan vaksinasi pekerja dalam sektor maritim agar dapat mengurangkan gangguan kepada rantaian bekalan global semasa pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >