ULASAN BUKU 'THE BATTLE FOR MERGER'

Detik runcing percantuman

Muat 36 ceramah Lee Kuan Yew antara 13 September dengan 9 Oktober 1962

KISAH subversif, risikan dan penyusupan penuh rahsia zaman ancaman komunis seolah-olah terbentang semula. Lebih hebat daripada cerita risik, James Bond.

Demikianlah kesannya apabila buku The Battle for Merger (TBFM - Tarungan Untuk Percantuman) oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew menampung 36 ceramah (12 ceramah bagi setiap tiga bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu) tersiar antara 13 September dengan 9 Oktober 1962 diterbitkan semula bersama pameran khas di bangunan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) sejak Khamis lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan