Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Dewi Fiesta kembali, fokus kepada kesihatan mental wanita

Mar 24, 2022 | 04:14 PM



SAYAP wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Dewi@DPPMS akan menganjurkan Dewi Fiesta 2022 untuk meraikan usaha usahawan wanita sambil meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan mental mereka.



Diadakan Sabtu dan Ahad ini (26 dan 27 Mac 2022), fiesta tersebut bertemakan “Untuk Wanita, Oleh Wanita” dan bertujuan meraikan pencapaian usahawan wanita sepanjang pandemik Covid-19.



Fiesta tersebut akan diadakan di Curbside Crafters di Kampong Glam dan bakal mengetengahkan reruai yang menjual pelbagai benda, jualan live-stream, ceramah dan macam-macam lagi.



23 syarikat kecil dan sederhana (SME) dan perniagaan dari rumah (HBB) terdiri daripada sektor peruncitan, makan dan minuman (F&B) dan konsultasi akan mengambil bahagian dalam fiesta itu.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam juga bakal menjadi tetamu undangan untuk meriahkan acara serta berinteraksi dengan usahawan wanita pada hari kedua fiesta itu.



Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, DPPMS berkata, barisan penceramah berpengalaman akan berkongsi pandangan tentang kesihatan mental di tempat kerja, dan cara usahawan, serta wanita khususnya boleh memastikan kesejahteraan mental mereka dijaga, dalam menghadapi pelbagai tuntutan kehidupan.



Para peserta juga berpeluang mendengar kisah-kisah usahawan dari rumah yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.



Para usahawan wanita ini akan berkongsi perjalanan perniagaan mereka dan bertukar pendapat tentang bagaimana mereka menjaga kesejahteraan mental mereka.



Sesi-sesi perkongsian sedemikian akan distrim secara langsung di wadah DPPMS dan Dewi@DPPMS.



Pengerusi Dewi@DPPMS, Cik Fadilah Majid berkata misi mereka adalah untuk sentiasa memperkasakan wanita menerusi perniagaan dan fiesta ini akan membantu ke arah itu.



“Dewi Fiesta merealisasikan misi ini dengan menggalakkan wanita untuk menjaga kesejahteraan mental mereka sambil cekap melaksanakan peranan mereka yang lain sebagai isteri, ibu dan pemilik perniagaan.



“Kami yakin fiesta ini akan memberikan pengalaman yang segar dan unik untuk pemilik perniagaan sedang mereka menyambung semula aktiviti runcit fizikal mereka sambil pada masa yang sama, periksa kesihatan mental mereka,” kata Cik Fadilah.



Pengurus Projek Dewi Fiesta 2022 yang juga usahawan HBB Queensbake, Cik Siti Norafidah Mohd Mislan berkata:



“Kami yakin bahawa kami boleh memperkasakan usahawan wanita semasa dan bercita-cita tinggi untuk cemerlang dalam matlamat mereka sambil menjaga kesejahteraan mental mereka melalui platform ini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >