Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dewi@DPPMS anjur acara raikan usahawan wanita

Feb 13, 2019 | 04:50 PM



CABANG wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Usahawan Dinamik Wanita Antarabangsa (Dewi), akan membuka tirai kalendar kegiatannya tahun ini dengan acara untuk meraikan usahawan wanita.



Pada 31 Mac ini, Dewi@DPPMS bersama RoseValley akan menganjurkan program bernama Influence-Her, yang antara lain bakal menampilkan usahawan setempat dan luar negara termasuk Neelofa, pengasas jenama antarabangsa Naelofar Hijab.



Pengerusi Dewi@DPPMS, Cik Fadilah Majid, berkata acara Influence-Her merupakan wadah untuk mengiktiraf usahawan wanita yang mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan seharian.



Satu acara utama Influence-Her ialah majlis penyampaian anugerah untuk mengiktiraf pencapaian dan perjalanan peniaga wanita di Dewi@DPPMS.



Anugerah utamanya ialah anugerah Dewipreneur, yang akan diberikan kepada usahawan wanita cemerlang dengan perniagaan yang mencatat prestasi baik tahun lalu.



Orang ramai boleh mendapatkan tiket acara itu dan membuat pencalonan bagi anugerah tersebut di laman www.influenceher.sg, atau hubungi talian DPPMS di 96651222

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >