Di sebalik kelincahan, tersembunyi pelbagai dugaan
Yatiman terus giat berbakti kepada masyarakat walau dilanda barah limfoma pada bahagian tekak dan masalah jantung
Jul 28, 2019 | 05:30 AM
PERTUTURANNYA yang lembut sambil menggunakan bahasa baku memang sesuatu yang sinonim dengan mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Encik Yatiman Yusof.
Setiap anggota Persatuan Badminton Melayu Singapura (PBMS) yang ditemuinya, akan disapa dengan penuh ramah dan mesra.